Annuar Pertahan Najib, Sindir Khalid

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menganggap Datuk Seri Najib Razak sebagai anak jantan dan rakyat kini menilainya sendiri.

Beliau berkata demikian membalas ciapan twitter Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abd Samad yang mempertikaikan kenapa penyokong Barisan Nasional (BN) terus mempertahankan ‘penyelewengan’ perdana menteri berkenaan.

“Tak habis lagi pening mu Lid (Khalid)..bawa bertenang. DSN (Najib) dibela peguam-peguam beliau. Dia tak pernah libatkan parti..Dia anak jantan Lid..rakyat dah nilai sendiri,” kata Annuar.

Sebelum itu, Khalid berkata, berbeza dengan BN, mereka terus mempertahankan penyelewengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“BN sebaliknya terus mempertahankan penyelewengan Najib dan dakwa ianya semua fitnah. Itu sebab saya yakin PH akan kekal berkuasa. Setiap setiap langkah ke arah yang lebih baik,” katanya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dalam ciapan twitternya malam ini.

Beliau merujuk kepada kekalahan teruk PH dalam PRK Parlimen Tanjung Piai baru-baru ini. – MalaysiaGazette

Loading...