Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

110 Kes Demam Denggi...

KOTA KINABALU - Sebanyak 110 kes demam denggi dikesan di seluruh Sabah sehingga...

Masalah Selipar Hilang Boleh...

JEMAAH Masjid Al Munawir di Pinrang, Indonesia mengetahui bahawa setiap kali pergi ke masjid...

Kerajaan Bina 15 Klinik...

KOTA BHARU – Kerajaan persekutuan meluluskan pembinaan 15 Klinik Kesihatan Jenis 7 yang...

YouTuber Didenda RM2,500 Kerana...

PETALING JAYA : Seorang YouTuber didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas...

Annuar Gembira Dapat Beri Penjelasan

KUALA LUMPUR – “Saya berterima kasih kerana berpeluang memberi penjelasan atas banyak salah faham dan salah tanggapan dengan isu yang mula dibangkitkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ini.”

Itu reaksi bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa selepas memberi keterangan kepada Jawatankuasa Audit Dalaman Mara berhubung isu Majlis Amanah Rakyat (Mara) menaja pasukan Kelantan hari ini.

Menurut beliau, pasukan Kelantan atau The Red Warriors (TRW) bukan ditaja oleh Mara secara tanggungjawab sosial korporat (CSR) atau percuma, sebaliknya berdasarkan pakej iklan dan jenama dengan nilai pasaran.

“TRW ada nilai tersendiri yang disahkan oleh firma media dan pengiklanan. Urusan penawaran, rundingan dan kontrak dibuat secara komersial oleh pegawai.

“Diperingkat Mara ia tidak melibatkan Pengerusi Mara atau majlis mara dan tidak pernah pun dirujuk,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Berikut penjelasan seterusnya oleh Annuar berhubung isu tersebut:


“Diperingkat anak syarikat pula ia MELIBATKAN PENGURUSAN DAN BUKAN LEMBAGA. Dalam Universiti Kuala Lumpur (UniKL) saya tiada apa kuasa eksekutif dan dalam PMB tajaan RM200,000 bukan dibawa pun kepada board. Board sekadar meluluskan BELANJAWAN SECARA AM untuk BRANDING dan MARKETING.

“Penajaan dan kontrak melalui proses lain dalam syarikat yang tidak memerlukan kelulusan board tapi dibuat secara pentadbiran. Package yang dibeli oleh PMB dengan dua spot logo BERNILAI KIRA-KIRA RM600,000. PMB HANYA BAYAR RM200.000 Itu pun saya tidak campur dan keputusan dibuat secara KOMERSIL oleh pentadbiran,” tulis Annuar.

Justeru, kata Annuar, beliau berpuas hati dapat memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Audit Dalaman Mara berhubung itu tersebut dan berharap supaya fitnah keatasnya dihentikan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori