Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pasar Raya Sertu Troli...

TINDAKAN seorang pelanggan di sebuah pasar raya meletakkan anjing peliharaannya di dalam troli...

Jalan Kuala Slim Ditutup...

IPOH (Perak) - Jalan Kuala Slim ke Felda Besout serta kawasan di sempadan...

WHO Akui Silap Nilai...

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakui kesilapannya dalam kenyataan berhubung laporan mengenai...

Kes Saman: Mahkamah Tolak...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menolak notis rayuan yang difailkan oleh Menteri...

Annuar Bertegas Mahathir Mahu Calon BN Menang

TEGAS… Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa dirinya tidak akan sesekali tampil keluarkan sebarang kenyataan tertentu secara terbuka tanpa ada asas yang kukuh.

Ia berikutan pendedahan beliau dalam ceramahnya di Jelai sebelum ini dakwa “jauh di sudut hati” Tun Mahathir Mohamad sendiri mahu calon Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Namun ia diselar oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan menjelaskan kenyataan itu konon tidak benar malah Perdana Menteri sendiri akan turun berkempen untuk memenangkan calon Pakatan Harapan (PH) hari ini.

“Saya tidak akan cakap kosong tanpa ada asas, saya sudah lama kenal Mahathir… beliau telah pun bertemu dengan beberapa pimpinan UMNO termasuk Biro Politik parti ini. Mahathir ada berkongsi pandangan secara peribadi.

“Ini termasuklah beliau mengajak pemimpin UMNO perkasakan PPBM kerana beliau menjelaskan rasa tidak selesa peranan DAP dalam senario politik negara sekarang ini,” kata Annar pada sidang media di Tanah Rata semalam.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa Mahathir selaku Pengerusi PH sendiri tidak akan berasa kecewa jika calon BN, Ramli Mohd Nor diumumkan menang pada PRK kali ini menewaskan wakil ‘kitar semula’ dari DAP.


“Setakat yang kita kenal Mahathir, beliau tidak akan dukacita kalau BN dipilih sebagai wakil rakyat nanti. Itu berdasarkan falsafah politik yang kami kenal. Kalau tidak, takkanlah Mahathir beri pengiktirafan kepada Ramli.

“Bahkan baru-baru ini ketika ditemuramah di luar negara, beliau boleh sebut nama Ramli dalam bentuk positif dan bercakap dari hati nurani mengenai calon masyarakat Orang Asli ini,” kata Annuar lagi. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori