Anjing Setia, Tunggu Tuan Yang Meninggal Dunia

SEDIH tengok anjing ni. Ia enggan berganjak daripada rumah tuannya yang telah binasa dalam kejadian tanah runtuh yang melanda Salvador, di Brazil.

Anjing yang dipanggil Nino itu turut berada dalam rumah berkenaan dan terselamat. Binatang itu berlari keluar daripada celah runtuhan ketika bomba membersihkan kawasan tersebut.

Manakala tuannya, Rosemeire Pereira de Jesus, 34, bersama tiga yang lain telah terkorban dalam kejadian itu.

Jiran-jiran cuba memanggil nama Nino namun ia enggan meninggalkan rumah yang telah binasa itu. Mereka meninggalkan daging di tepi jalan namun dia hanya datang mengambil daging terbabit sebelum berlari semula ke kawasan runtuhan itu.

Menurut abang ipar Rosemeire, anjing itu telah berada bersama mereka sejak lapan tahun lalu. Anjing itu adalah kebanggaan kepada keluarga adiknya.

Dalam kejadian tanah runtuh itu, tiga keluarga yang lain berjaya diselamatkan. Pada hari kejadian, Salvador menerima 70 peratus hujan yang dijangkakan untuk tempoh sebulan, hanya dalam masa tiga jam.

Kini, pasukan bomba memutuskan untuk membiarkan anjing terbabit meninggalkan rumah tersebut sendiri. – MYNEWSHUB.CC

*Sekadar Video Hiasan..

Loading...