Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jemaah Haji Dinasihat Rujuk...

MADINAH - Unit Bimbingan dan Ziarah Tabung Haji Madinah menasihatkan jemaah untuk merujuk...

China Hantar Tiga Angkasawan...

JIUQUAN: China menghantar tiga angkasawan negara itu ke stesen angkasa Tiangong, hari ini.IKUTI...

Stadium Shah Alam Dirobohkan...

SHAH ALAM : Stadium Shah Alam yang bakal digantikan dengan Kompleks Sukan Shah...

Ditahan Tawar Khidmat Jilat...

SEORANG tukang urut tradisional ditahan kerana telah melakukan kelucahan melampau terhadap seorang pelancong...

“Anjing Pun Makhluk Allah, Biar Saya Je Bantu Pelihara”

ANJING sememangnya merupakan najis berat bagi orang Muslim. Namun itu tidak bermaksud kita tidak boleh berbuat baik kepada haiwan tersebut.

Seorang warga tua dikenali sebagai Pak Hassan, 70, telah berbakti kepada anjing jalanan dengan cara menjaga mereka daripada terus diseksa oleh manusia yang tidak berhati perut.

World Of Buzz telah melaporkan bahawa Pak Hassan telah menyelamatkan banyak anjing terbiar yang dianiaya oleh penduduk setempat di kawasan perumahannya.

Difahamkan, Pak Hassan juga telah membina sebuah pusat perlindungan bagi anjing-anjing yang diselamatkan oleh dirinya di Seremban, Negeri Sembilan.

Warga emas tersebut turut mendapat sokongan daripada isteri dan anak-anaknya dalam usaha sama untuk menyelamatkan anjing yang teraniaya itu.

Baca: Haram Haji Guna Duit 1MDB, Halal Cucu Belai Anjing

“Selagi saya masih hidup dan sihat, saya akan usaha sedaya upaya untuk bantu haiwan yang terbiar ini. Daripada kecil saya dah ajar anak-anak yang hidup ni sangat berharga.

“Setiap haiwan mesti dihormati tak kira haiwan jenis apa pun. Jadi anak-anak dah terdidik dan menghargai serta menghormati semua jenis haiwan,” jelasnya.

Beliau malah akan tetap berusaha sehabis baik menyelamatkan anjing yang dianiaya. Walaupun sebelun ini, Pak Hassan bukanlah seorang pencinta anjing namun kejadian tiga tahun lepas telah mengubah hidupnya.

Dia pernah menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri apabila terdapat beberapa penduduk di kawasan kejiranannya telah melastik anjing terbiar tanpa sebab yang munasabah.

Baca: Anggota Polis, Tentera Pun Tidak ‘Belai’ Anjing Jinak

“Saya dah cuba hentikan mereka tapi tak berjaya, Waktu itulah saya dapat idea untuk berikan tempat berteduh buat mereka.

“Dah banyak kali saya lihat anjing-anjing ini dibaling dengan batu sampai kepala berdarah dan kakinya patah. Kadang-kadang  ada penangkap anjing datang dan bunuh saja anjing tersebut,” katanya dengan penuh kecewa.

Pada mulanya dia hanya memberikan anjing liar itu makan di luar kawasan rumahnya tetapi terdapat beberapa jiran tetangga yang tidak senang dengan tindakan mulianya itu.

Jadi, sebab itu lah Pak Hassan mengambil keputusan untuk menjaga haiwan tersebut di dalam kawasan rumahnya sendiri.


Anjing pertama yang diselamatkan oleh Pak Hassan telah diberi nama sebagai Cindy yang mengalami patah kaki.

Kini sebanyak lebih daripada 20 ekor anjing liar telah berjaya diselamatkan oleh warga emas yang berhati mulia itu.

“Jiran-jiran tak benarkan saya pegang, selamatkan mereka. Mereka kata ianya bertentangan dengan agama saya. Tapi anjing pun ciptaan Allah jga,” ujarnya lagi.

Lama kelamaan, semakin banyak aduan telah diterima oleh Pak Hassan daripada jiran di sekeliling yang tidak suka dengan tindakannya itu.

Sebab itu lah Pak Hassan terpaksa memindahkan kesemua haiwan najis mughallazah itu ke tempat lain.

Oleh itu, dia telah mengambil keputusan unuk menggunakan kesemua wang simpanan pencen untuk menyediakan tempat perlindungan bagi kesemua anjing yang telah diselamatkan olehnya.

Tindakan Pak Hassan ini sepatutnya menjadi contoh kepada orang lain supaya sentiasa mempunyai sifat sayangkan haiwan.

Bukannya hanya kerana ianya seekor anjing, ia tidak layak untuk dikasihi. Haiwan juga merupakan makhluk ciptaan Yang Maha Esa.

Siapa tahu kalau kita sentiasa berbuat baik kepada haiwan, mereka kan mendoakan kesejahteraan kita dan dilimpahkan dengan rezeki yang berlipat ganda. – MYNEWSHUB.CC / AH

Kategori