Anjing Peliharaan Orang Diracun Nak Buat Sate

NASIB malang menimpa seekor anjing peliharaan di utara Bali, Indonesia apabila seorang individu zalim bertindak memberi makanan beracun sebelum haiwan itu dijadikan sebagai sate untuk dijual.

Menurut The Reporter, Komang WSM Alias Ribut, 41, ditahan pihak polis selepas didapati memberi makanan beracun kepada anjing di sekitar kawasan kejiranannya.

Kadek Sugiarta, 29, jiran kepada Komang menyedari tindakan yang dilakukan oleh Komang dan melaporkan hal tersebut kepada pemilik anjing berkenaan.

Kejadian yang berlaku di Buleleng itu telah menyebabkan Komang ditangkap oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Singaraja, Wiranata Kusuma berkata, Komang mengaku bersalah meracun anjing itu dengan hasrat mahu dijadikan sebagai sate untuk dijual.

“Taktiknya meracun anjing dan ambil bangkai haiwan itu selepas terkenal racun itu membuatkan anjing tersebut tidak berdaya dan maut serta merta sebelum dibungkus dan dijual,” katanya.

Komang telah ditahan oleh pihak polis dan bakal dikenakan hukuman.

Terdahulu, Gabenor Bali telah mengharamkan penjualan daging anjing pada Julai 2017 namun beberapa laporan diterima berkenaan aktiviti penjualan daging anjing. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Loading...