Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

JPJ Perkenalkan Majalah ‘Buletin...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengedarkan 50,000 naskah majalah mengenai...

Masyarakat Suka Menilai, Caprice...

JIKA sebelum ini nama Caprice dikenali sebagai seorang penyanyi rap, namun kini dia...

Seorang Dari Suspek Curi...

BESUT - Salah seorang daripada suspek yang disyaki mencuri seekor lembu betina yang...

Pesara Tentera Bawa 32,000...

BUKIT KAYU HITAM - Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) Kedah menahan seorang pesara tentera...

Anjing Diwarnakan, Pemilik Terima Ancaman Bunuh

SEORANG wanita mendedahkan dia mewarnakan anjingnya baka Great Dane, malah kukunya dicat semata-mata untuk mengelakkan ia digeruni oleh orang yang tidak dikenali.

Selepas memiliki empat anjing Great Jane, Jessica Williams, 21, menyedari orang asing sering takut dengan anjing-anjingnya kerana saiz.

Oleh itu, Jessica mempunyai idea untuk membuatkan anjingnya yang berusia lima bulan, Drama kelihatan mudah didekati dan kurang digeruni.

Dia yang melihat rakannya pernah mewarnakan anjingnya sendiri, Jessica mengikut jejak langkah itu dengan mewarnakan Drama dengan merah jambu dan ungu.

Ibu seorang anak itu membuat pemerhatian dan mendapati anjingnya kini lebih mendapat perhatian yang positif.

Jessica yang berasal dari Fort Campbell di Kentucky, Amerika Syarikat berkata: “Orang biasanya takut dengan anjing besar, dan saya menyedari segelintir mereka mungkin tidak mendekati anjing saya.

“Dengan mewarnakannya, adalah lebih mudah untuk ia bergaul dan tidak ramai yang takut, terutama ia berwarna merah jambu dan ungu.

“Ia juga bermakna Drama boleh membuatkan seseorang tersenyum, dan mereka mendekatinya.


“Malah kukunya juga dipotong pendek, sekali gus memberi isyarat jelas bahawa ia tidak akan mencederakan,” katanya.

Menurut Jessica, kebanyakan orang menyukai wajah baharu anjingnya, namun ada yang mengkritik dan menganggap dia sebenarnya malu.

“Ramai tidak menyedari warna yang digunakan itu adalah selamat dan langsung tidak memberi kesan kepada Drama.

“Saya juga menerima aduan mengenai mewarnakan dan memotong kuku Drama, malah mendapat ancaman bunuh,” katanya. – Mirror UK

Kategori