Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mandat Baharu & Kukuh...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN memerlukan mandat...

Lelaki Nak Panjat Pagar,...

BUENOS AIRES - Seorang lelaki maut akibat tertembak diri sendiri ketika memanjat pagar...

Perintah Berkurung Di ESSZone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

Jawatan Menteri Pendidikan Itu...

PUTRAJAYA - ‘Itu hanya spekulasi’ kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengulas laporan...

Anjing Disiram Air Dan Dibiarkan Beku Dalam Sejuk

KEJAM. Seorang pemilik anjing telah melakukan perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap anjing peliharaannya dengan membiarkan binatang itu mati dalam keadaan beku di Rusia.

Lelaki itu, telah menyiram air sejuk ke atas badan anjing berkenaan dan meletakkannya di luar rumah ketika suhu mencecah bawah 32 C.

Namun anjing berwarna putih berkenaan ketika itu masih bernafas meskipun badannya diselaputi ais. Kejadian itu berlaku di Yakutsk, iaitu bandar yang paling sejuk di dunia.

Binatang malang itu cuba diselamatkan oleh aktivis binatang dengan membawanya ke klinik haiwan. Bagaimanapun di sebalik usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan, mereka gagal menyelamatkan anjing yang berusia setahun itu.

“Matanya…saya tidak akan melupakannya. Pernahkah anda melihat manusia yang mahu hidup tetapi hampir mati?


“Mata manusia itu sama seperti anjing tersebut, sukar untuk dijelaskan semuanya,’’ kata salah seorang aktivis wanita yang menyelamatkannya.

Susulan perbuatan kejam itu, satu petisyen yang ditandatangani oleh lebih 10,000 penduduk Rusia dilakukan bagi menuntut pelaku perbuatan kejam itu dibawa ke muka pengadilan. – Mynewshub.cc

Kategori