Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Pandelela, Fitri Saari Terima...

KUALA LUMPUR – Ratu terjun negara Pandelela Rinong dan pemain hoki kebangsaan Mohammad...

Kerajaan Siap 190 Projek...

KUALA LUMPUR - Kerajaan berjaya menyiapkan 190 projek perumahan swasta terbengkalai di Semenanjung...

Celcom Tawar Edisi Khas...

KUALA LUMPUR - Celcom Axiata Bhd. akan menawarkan pakej menarik edisi khas iPhone...

Intitusi Raja, Agong Pancaran...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata institusi Raja...

Anifah Tidak Bertanding PRK Kimanis, Timbang Saman SPR

KOTA KINABALU – Bekas menteri luar negeri, Anifah Aman mengesahkan beliau tidak akan bertanding pilihan raya kecil Kimanis, mengatakan keputusan itu menyebabkan dia ditenggelami emosi.

Anifah juga percaya kecuaian SPR menyebabkan kesulitan pada warga Kimanis dan perbelanjaan wang pembayar cukai.

“Saya akan bertanding di Kimanis pada pilihan raya umum ke-15,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Di masa depan, saya akan tumpu pada usaha menyatukan kumpulan-kumpulan politik yang pelbagai di negeri ini dan bekerja untuk apa yang betul bagi rakyat Sabah.

“Cabaran yang dihadapi Sabah dan negara terlalu banyak dan jika tidak ditangani dengan betul akan menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan negeri dan negara.”

Semalam, pemimpin pembangkang Jeffrey Kitingan berkata Anifah dalam mesyuarat bersama beberapa pemimpin pembangkang negeri itu memaklumkan beliau tidak akan bertanding pada PRK Kimanis.

Anifah menang kerusi itu pada pilihan raya umum 2018 atas tiket Barisan Nasional, menewaskan calon Warisan, Karim Bujang.

Karim memfailkan petisyen pilihan raya mendakwa terdapat perkara tidak kena. Mahkamah Pilihan Raya memberikan keputusan yang memihak kepadanya dan membatalkan keputusan PRU bagi kerusi tersebut.


Keputusan itu dikekalkan Mahkamah Persekutuan. Anifah sudah memohon semakan keputusan Mahkamah Persekutuan, mengatakan terdapat berat sebelah dalam panel hakim yang mendengar kesnya.

Sementara itu, Anifah berkata dia menerima proses mahkamah adalah muktamad walaupun tidak bersetuju dengan keputusannya.

“Kegagalan SPR merayu keputusan Mahkamah Persekutuan terhadapnya itu, menimbulkan spekulasi bahawa ia terlibat dalam pengkhianatan mandat rakyat.

“Oleh kerana saya mangsa ketidakcekapan dan kecuaaian SPR, saya, atas nasihat peguam, akan memulakan prosiding undang-undang terhadap SPR di masa depan bagi mendapatkan pampasan,” katanya.

Beliau berbesar hati dapat berkhidmat pada rakyat Kimanis sepanjang 3 penggal sebagai ahli Parlimen, dan berterima kasih kepada Umno dan Barisan Nasional kerana memberikan peluang itu kepadanya.

Sementara itu, mengenai status permohonan Anifah memohon semakan keputusan Mahkamah Persekutuan, pegawainya James Lingunjang berkata Anifah belum menyebut apa-apa tentang hal itu. – FMT

Kategori