Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jam Pintar Apple Dijangka...

KETIKA pengumuman berkaitan kewangan syarikat, Tim Cook telah berkongsi beberapa perkara, termasuk berkaitan peranti...

Masyarakat Tionghua Pulau Raya...

TANAH MERAH - Sebelas keluarga Tionghua penduduk Kampung Pulau Raya di sini, terpaksa...

Bangkai Tikus Dalam Sos...

SUDAH acap kali kita mendengar berita penemuan binatang, serangga atau penemuan objek jijik...

Industri Inap Desa Raih...

TEMERLOH - Industri inap desa negara mencatatkan pendapatan mencecah RM30 juta setahun melibatkan...

Angkara Pisang Setandan, Buruh Dijel 14 Hari

ALOR SETAR – Padah mencuri setandan pisang, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Mohmad Firdaus Mohd Fauzi, 27, mengaku bersalah kerana mencuri pisang pada malam 26 Mac lalu di sebuah rumah di Pendang, dekat sini, lapor Harian Metro.

Majistret Noor Farah Hazwani Osman memerintahkan Mohmad Fidaus menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap.

Mengikut fakta kes, pengadu Muhamad Ashraf Shamsudin, 27, ketika sedang pulang ke rumah terserempak dengan tertuduh yang sedang memotong tandan pisang abu miliknya.

Angkara Pisang Setandan, Buruh Dijel 14 Hari
Pisang Abu (gambar sekadar hiasan).

Pengadu bersembunyi berhampiran rumah sambil memerhatikan tertuduh sebelum meminta bantuan orang kampung untuk menangkap lelaki itu.

Tertuduh kemudiannya dibawa ke balai polis bersama-sama dengan setandan pisang yang cuba dicurinya.


Mohmad Firdaus didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon hukuman diringankan kerana sudah insaf selain menanggung ibu bapa dengan upah RM30 sehari menjadi buruh am. –MYNEWSHUB.CC

Kategori