Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Gagal Penuhi Sasaran...

MANILA - Kontinjen Malaysia dengan penyertaan besar 773 atlet gagal mencapai sasaran 70...

MCPF Tubuh Jawatankuasa Cegah...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menubuhkan Jawatankuasa Pencegahan Jenayah Berkaitan...

443,794 Calon Ambil UPSR...

PUTRAJAYA - Seramai 443,794 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017 bermula...

Ramai Komando Tentera Perancis...

PARIS – Ketika Perancis masih dalam keadaan ‘berjaga-jaga’ ekoran serangan berdarah ke atas...

Angkara Hantu Kak Limah, Delimawati Terguris Hati

PELAKON utama filem Hantu Kak Limah (HKL), Delimawati Ismail mengakui berkecil hati apabila orang ramai hanya mengenalinya menerusi watak dalam filem tersebut.

Menurut Delimawati, rata-rata penonton menggelarnya sebagai Kak Limah dan hanya mengingati karakter hantu yang telah dilakonkan.

“Kadang-kadang rasa okay tapi ada juga rasa kecil hati bila orang hanya ingat nama hantu Kak Limah sahaja.

“Selalunya, budak-budak yang panggil saya hantu Kak Limah dan bertanya kenapa saya tak sama macam dalam filem,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, dramatis yang mula dikenali menerusi drama Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel ini tidak mahu terus berkecil hati.

Sebaliknya, ia menganggap hal itu sebagai tanda lakonannya telah meninggalkan kesan kepada penonton.

“Tapi tak apalah, sebagai pelakon saya anggap watak itu berkesan sehingga jadi ingatan penonton!,” katanya


HKL arahan Mamat Khalid itu terus mendominasi kutipan di pawagam apabila ia memecahkan rekod ketiga dengan catatan RM9 juta dalam tempoh empat hari ditayangkan.

Ia sekali gus menjadikan HKL yang mula ditayangkan pada 8 Ogos lalu sebagai filem tempatan pertama mendapat kutipan tertinggi selepas empat hari tayangan.

Hantu Kak Limah dibarisan pelakon terkenal seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May dan ramai lagi.

Filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold ini turut menampilkan pelakon Erra Fazira, Datuk Seri Vida dan Jue Aziz turut muncul sebagai tetamu istimewa. – mStar Online

Kategori