Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kes Demam Denggi Diramal...

KUALA LUMPUR - Kes demam denggi di seluruh negara diramal menjadi lebih buruk...

PRK Seri Setia: PAS...

PETALING JAYA – Para pemimpin PAS dijangka membanjiri kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Mufti Perak Bantah Sekolah...

SEBUAH sekolah rendah di Hulu Langat, Selangor telah disiasat kerana mengamalkan pengasingan cawan...

PLUS Tunggu Keputusan Muktamad...

JERLUN - Plus Malaysia Berhad (PLUS) sedang menunggu keputusan kerajaan untuk menaikkan kadar...

Angka Mangsa Banjir Di Perak Naik Malam Ini

IPOH – Bilangan mangsa banjir di Perak meningkat kepada 221 orang merangkumi 68 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah setakat 8 malam ini berbanding 162 mangsa daripada 55 keluarga tengah hari tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana negeri, pertambahan membabitkan 59 orang daripada 13 keluarga.

Tiga PPS dibuka hari ini, masing-masing di tiga daerah iaitu Kampar, Hilir Perak dan Larut Matang Selama susulan paras air sungai berhampiran naik ekoran hujan berterusan sejak semalam.

Di Larut Matang Selama, mangsa banjir berkurangan kepada 46 orang (17 keluarga) berbanding 64 orang (26 keluarga) pada sebelah siang tadi yang dipindahkan dari tiga buah kampung iaitu Kampung Temerlok, Kampung Tengah serta Kampung Tebok dan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Temerlok, Trong.

Bilangan mangsa banjr di Kampar pula meningkat enam orang (satu keluarga) menjadikan 47 orang (14 keluarga) dari dua buah kampung iaitu Kampung Tebing Tinggi dan Kampung Pulau Pisang, ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tebing Tinggi.

Sementara itu, Hilir Perak mencatatkan pertambahan paling ramai mangsa banjir daripada 57 mangsa (16 keluarga) siang tadi kepada 128 orang (37 keluarga) dari Kampung Batu 9 dan ditempatkan di PPS di SK Changkat Jong yang dibuka kira-kira 10 pagi tadi setelah air Sungai Bidor melimpah. – BERNAMA

Kategori