Angka Kematian Covid-19 Global Meningkat 175,000

ANGKA kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini merekodkan 175,000 kes setakat jam 5 pagi hari ini.

Ia mencatatkan pertambahan lebih 6,000 kematian dalam tempoh 24 jam.

Menurut statistik Johns Hopkins University, sebanyak empat negara mempunyai kes maut melebihi 20,000.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara yang mempunyai angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang mencecah 40,000 apabila mencatatkan 43,796 kes keseluruhan.

Negara Uncle Sam itu juga merekodkan pertambahan 2,221 kematian dalam tempoh 24 jam. – Agensi