Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tony Abbott Puji Kepimpinan...

MELBOURNE - Perdana Menteri Australia, Tony Abbott memuji Datuk Seri Najib Tun Razak...

Warga Asing Ditahan Berhubung...

TAPAH - Seorang warga asing ditahan dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki...

Tahap Kesedaran Rakyat Isu...

MELAKA - Tahap kesedaran tentang penjagaan kesihatan pergigian dalam kalangan rakyat Malaysia masih...

Sidang Akhbar Khas PM...

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual mengadakan sidang...

Angin Kencang, Laut Bergelora Hingga Ahad

KUALA LUMPUR – Angin kencang timur laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak setinggi 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Samui dan utara Condore, sehingga Ahad ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Sementara itu, amaran angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50kmsj dengan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Tioman, selatan Condore, utara Bunguran, barat laut Reef South, Reef North, Layang-Layang dan barat Palawan sehingga Ahad ini.

Situasi sama dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang pada tempoh sama yang turut membahayakan bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut.

Dalam pada itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di perairan Selat Melaka Utara dan Bunguran dijangka berterusan sehingga 12 tengah hari ini.

Menurut kenyataan itu, keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. – BERNAMA

Kategori