Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

95.2 Peratus Populasi Dewasa...

Sebanyak 95.2 peratus atau 22,297,446 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Suami Diikat Pada Tiang,...

NEW DELHI - Akibat berkahwin tanpa restu keluarga, pasangan muda diculik sebelum dibelasah...

4 LRA Henti Tugas...

KUALA SELANGOR - Empat Loji Rawatan Air (LRA) iaitu Fasa 1, 2, 3...

Dijel 14 Tahun, 6...

BATU PAHAT - Seorang peniaga pasar malam dijatuhi hukuman penjara selama 14 tahun...

Anggota Tentera Mengaku Tidak Bersalah Tumbuk Isteri

MELAKA – Seorang tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tuduhan menumbuk muka, leher dan kepala isterinya, September lalu.

Muhammad Jamri Nowawi, 36, membuat pengakuan itu sebaik sahaja jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Siti Nurfaizah Mohd Yusof, 35, dengan menumbuk muka, leher dan kepala mangsa, di sebuah rumah di Taman Sari, Sungai Udang, di sini, jam 12 tengah hari, 21 September 2018.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326 A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM2,000, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Lyiana Zainal Abidin yang mencadangkan jaminan RM8,000 manakala tertuduh merayu jaminan rendah diberikan atas alasan menanggung keluarga.

Selepas mendengar kedua-dua hujah dan rayuan, Muhammad Nazrin kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – BH ONLINE

Kategori