Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Selama 26 Tahun, Suami...

PERCAYA atau tidak, sepasang suami isteri melakar memori unik tersendiri dengan hanya makan...

Perikatan Nasional Parti Paling...

Sukar untuk menafikan Perikatan Nasional (PN) tampak seolah-olah begitu banyak dana untuk berdepan...

Satu Sudu Setiap Hari,...

KANDUNGAN antioksidan dalam madu mampu membantu kita membina sistem kekebalan dalan tubuh serta...

Mahkamah Tolak Permohonan SIS...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan kehakiman...

Anggota PPBM Bantah Calon Di DUN Manong

KUALA KANGSAR – Pemilihan Mohamad Isa Jaafar sebagai calon Amanah untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manong pada Pilihan Raya Umum ke-14 mendapat bantahan dan ditolak keras oleh anggota PPBM bahagian Kuala Kangsar.

Bekas Ketua Penerangan PPBM bahagian Kuala Kangsar, Amir Hashim Yot berkata Mohamad Isa disifatkan sebagai ‘calon terjun’ kerana penduduk khususnya di kawasan DUN Manong langsung tidak mengenali beliau yang bukan penduduk atau anak kelahiran Kuala Kangsar atau pengundi Kuala Kangsar.

“Kami sebagai pengundi tegar dan penggerak awal sejak tertubuhnya Bersatu (PPBM) rasa amat terhina, terkilan dan tidak puas hati dengan pencalonan beliau kerana kami penduduk khususnya di Manong tidak mengenali beliau,” katanya kepada pemberita di Sayong Resort di sini hari ini.

Amir Hashim berkata satu perbincangan akan dilakukan di peringkat akar umbi mengenai isu terbabit termasuk mempertimbangkan tindakan membantu jentera BN berkempen menentang calon Amanah sebagai tanda protes.

Pada PRU14, Mohamad Isa akan menentang Mohamad Zuraimi Razali daripada BN dan calon PAS, Jamil Dzulkarnain bagi kerusi DUN Manong. – BERNAMA

Kategori