Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

MCMC Terima Permohonan Sekat...

PETALING JAYA : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima dua permohonan Jabatan...

Remaja Bawa Dadah, Berhibur...

BUKIT KAYU HITAM - Trend remaja termasuk penuntut institut pengajian tinggi membawa dadah...

Fasha Sandha Belum Sedia...

PETALING JAYA - Pelakon Fasha Sandha belum bersedia membenarkan anak-anaknnya iaitu Putra Rayfal...

Mayat Pelajar Tahun Tiga...

ALOR SETAR - Mayat seorang pelajar tahun tiga dikhuatiri lemas selepas terjatuh di...

Polis Ditahan Bantu Siasatan Cederakan, Ugut Wanita

JOHOR BAHRU – Seorang anggota polis berpangkat koperal ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan mencederakan dan mengugut seorang wanita rakyat asing, Disember tahun lalu, seperti ditular dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata anggota berkenaan yang berkhidmat di salah sebuah balai di bandar raya ini ditahan semalam bagi membantu siasatan​​​​​​​ mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.

“Tular di laman Facebook berkaitan seorang wanita warganegara asing mendakwa bahawa pada Disember 2017 telah dicederakan sehingga mengalami kecederaan pada kedua-dua lututnya serta diugut akan ditangkap jika melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khalil berkata wanita itu telah berjaya dihubungi melalui laman sosial Facebook dan dia kini berada d iluar negara.

Beliau berkata usaha sedang diambil dengan kerjasama pihak Interpol bagi merakam percakapan mangsa mengenai kesahihan kejadian dan dakwaan yang ditularkan.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi terus talian Hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2218999 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Hoo Yee Fung di talian 017-4785068. – BERNAMA

Kategori