Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tangani 3 Isu Dalam...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menangani tiga isu dalam pelan pemulihan ekonomi jangka panjang...

Nangka Gergasi Janji Hasil...

SERDANG - Penanaman buah nangka gergasi yang boleh mencecah berat hampir 40 kg...

Anak Mat Sabu Bebas...

KUALA LUMPUR - Anak bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam dilepas...

Kelantan Hanya Guna Jersi...

KUALA LUMPUR - Pasukan Kelantan atau lebih popular dengan gelaran The Red Warriors...

Anggota Polis Disiasat Pukul Penunggang Motor

PUTRAJAYA – Seorang anggota polis kini disiasat ekoran dakwaan memukul seorang penunggang motosikal di sebuah restoran berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Ahad lepas, kata Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan.

Ia susulan satu laporan polis dibuat seorang lelaki di Balai Polis Dengkil, Sepang, semalam yang dakwa dipukul seorang anggota polis di sebuah restoran berhampiran PICC yang berpunca daripada melarikan diri dari pemeriksaan polis.

“Siasatan telah dijalankan terhadap anggota polis mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini ekoran tular video berdurasi 49 saat yang merakamkan seorang anggota polis menendang dan menampar seorang lelaki.

​​​​​​​Mengenai kejadian pada kira-kira 1.40 pagi Ahad itu, Rosly berkata polis peronda menerima maklumat bahawa sekumpulan penunggang motosikal sedang merempit serta menunggang secara berbahaya di kawasan Jambatan Seri Gemilang, berhampiran PICC.​​​​​​​

Menurutnya, kereta peronda tersebut telah mengekori salah sebuah motosikal yang tunggang dalam keadaan laju dan menyongsang arah di atas Jambatan Seri Gemilang menghala ke sebuah restoran berhampiran dan motosikal yang ditunggang itu telah terjatuh ke lantai restoran tersebut.

Beliau berkata anggota peronda berkenaan berjaya menahan penunggang dan pembonceng motosikal tersebut.


“Seorang saksi juga telah membuat laporan polis menyatakan motosikal tersebut hampir merempuh meja makan di restoran itu akibat lari daripada pemeriksaan polis,” katanya.​​​​​​​

Menurutnya, anggota polis tersebut telah bertindak secara spontan memukul penunggang motosikal itu.

Rosly dalam pada itu berkata laporan polis juga dibuat terhadap penunggang motosikal tersebut dan disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana menunggang secara melulu yang boleh membawa kematian kepada orang awam serta mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana membahayakan nyawa dan keselamatan diri sendiri dan orang lain di jalan raya.​​​​​​​

Polis juga telah mengambil tindakan mengeluarkan saman ke atas penunggang motorsikal tersebut kerana melakukan beberapa kesalahan trafik iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans serta tiada nombor pendaftaran hadapan dan belakang, katanya. – BERNAMA

Kategori