Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PN Main Peranan Semak...

SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan gabungan...

Pengedar Dadah Cuba Rempuh...

Beaufort : Tindakan dua pengedar dadah cuba merempuh polis mendorong pihak berkuasa melepaskan...

Arab Saudi Kecam Tindakan...

RIYADH: Arab Saudi mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang pelampau yang memijak dan mengoyakkan naskhah...

PBRS Pula ‘Langgar’ Calon...

RANAU - Pertembungan lima penjuru di Parlimen Ranau menyaksikan calon Parti Bersatu Rakyat...

Anggota Polis Didakwa Terima Suapan RM1,000

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memperoleh suapan wang tunai RM1,000 berhubung kes dadah seorang lelaki, Julai tahun lalu.

Mohd Shawall Mustaffa, 31, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Lelaki yang masih dalam percubaan pangkat Sarjan itu didakwa secara rasuah memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM1,000 daripada Mohamed Riezwan Mokhtar sebagai dorongan untuk tidak membawa kes dadah di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dihadapinya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Restoran Old Town White Coffee, Pusat beli belah Viva Home, Jalan Loke Yew, Taman Miharja, Cheras, di sini, pada 11.30 pagi, 21 Julai 2017.

Pendakwaan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang diterima, atau jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Irwan Shah Abdul Samat menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Ridha Abduh Subri memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak berkemampuan selain menjaga ibu yang sakit.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah serta menetapkan 29 Okt untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori