Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jangan Terpedaya Nama Kongres...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan cuba mengelirukan orang ramai berhubung penganjuran Kongres Rakyat...

Guan Eng Henti Sidang...

BUTTERWORTH - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini terus menamatkan...

Peniaga Tidak Sedar Cermin...

KOTA BHARU - Seorang peniaga tidak menyangka kesan pecah di cermin hiasan dinding...

Surat CIA: Polis Hampir...

KUALA LUMPUR — Siasatan laporan polis yang dibuat bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan...

Anggota Parti Diseru Sokong Mohamad Hasan

JOHOR BAHRU – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menyeru semua penyokong dan anggota parti, sama ada di peringkat cawangan, bahagian dan negeri untuk sama-sama mendukung dan membantu Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dalam menjalankan tugas presiden UMNO.

“Ini adalah permulaan kepada usaha mereformasi parti kita. Setelah lebih enam bulan menempuhi kekalahan dan pelbagai rintangan, diharapkan agenda Islah parti akan terus subur di bawah kepimpinan baharu ini,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau juga menyeru kepada orang Melayu umumnya, untuk bersatu dan terus memberi bantuan, pandangan dan kritikan membina bagi kelangsungan parti serta agenda memajukan bangsa Melayu.

Mohamed Khaled, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Perlis, turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana menyerahkan tugas presiden kepada timbalannya berkuat kuasa serta merta.

“Sesungguhnya UMNO akan sentiasa berterima kasih atas tindakan berjiwa besar ini. Segala jasa baik dan amal budi (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi akan dikenang jua.

“Terima kasih yang mendalam juga atas khidmat bakti yang dicurahkan dan pengorbanan tanpa lelah serta ikhlas kepada UMNO. Semoga segala yang demikian diperkirakan sebagai amal soleh hendaknya,” kata beliau.

Selain itu, Mohamed Khaled turut mendoakan agar Allah memberikan kesabaran, kekuatan dan ketenangan kepada Ahmad Zahid untuk menghadapi cabaran peribadinya.

Sementara itu, Pergerakan Pemuda UMNO Johor menyambut baik keputusan Presiden parti dan menganggap ia bukan mudah dan hanya dilakukan seseorang yang berjiwa besar.


“Bagi Pemuda UMNO Johor, semua keputusan yang dibuat ada hikmahnya dan apa yang penting adalah bagaimana parti keramat ini dapat terus belayar pada hari esok, lusa dan 100 tahun akan datang.

“Apa yang penting, dengan keputusan ini Pemuda UMNO Johor harap tiada lagi isu hala tuju dan ‘aktiviti’ melompat parti pada semua ahli Parlimen,” kata ketuanya Mohd Hairi Md Shah, dalam satu kenyataan berasingan.

Mohd Hairi berkata Pemuda UMNO Johor juga menggesa Timbalan Presiden UMNO dapat menyusun gerak kerja parti bermula hari ini bagi membolehkan jentera di bawah dapat melihat kesinambungan parti ini dengan lebih jelas.

“Apa yang berlaku hari ini diharap menjadi pengajaran berguna buat semua di peringkat pucuk pimpinan sehingga ke akar umbi dalam usaha menjadikan UMNO terus relevan dan tidak hilang di tanah air ini.

“Bagi mereka yang sudah meninggalkan parti, selamat jalan dan berjuanglah kalian mencari impian yang diidamkan bersama parti baharu, bagi yang terdetik untuk ‘melompat’ ke sebelah sana, fikirlah sedalam-dalamnya agar kelak tidak merana diri,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori