Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

1MDB: Pengarah Urusan Bergelar...

PUTRAJAYA - Seorang pengarah urusan sebuah firma berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berusia...

48 Pengundi Gagal Rayuan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan yang difailkan oleh 48 pengundi...

Tak Terima Atlet Israel,...

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memberi amaran Malaysia mungkin hilang hak menjadi tuan rumah...

Kerajaan ‘Pintu Belakang’ Tanyalah...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) sepatutnya bertanya kepada Perdana Menteri, Tun...

Anggota BIGBANG, Taeyang Bakal Kahwin 3 Februari

SEOUL – Anggota kumpulan popular BIGBANG, Taeyang dan tunangnya Min Hyo-rin, bakal melangsungkan perkahwinan di sebuah gereja di Seoul pada 3 Februari, lapor agensi berita Korea Selatan, Yonhap.

Menurut YG Entertainment, pasangan penyanyi dan pelakon itu, kemudian dijangka mengadakan satu majlis resepsi di Hotel Paradise City, Incheon.

“Kami berharap orang ramai mendoakan yang terbaik kepada pasangan itu untuk menjalani kehidupan baharu,” kata agensi berkenaan dalam satu kenyataan.

Taeyang dan Min mula menjalinkan hubungan sejak 2014 dan mengumumkan secara terbuka pada Jun 2015.

Pada Ogos lepas, Taeyang menafikan khabar angin kononnya beliau berpisah dengan Min, sebaliknya menyifatkan wanita yang bakal menjadi suri hatinya itu umpama “dewi seni yang memberi inspirasi kepadanya”.


Penyanyi berusia 29 tahun itu berjaya menempa nama dalam industri hiburan Korea Selatan menerusi lagu-lagu popular seperti “Eyes, Nose, Lips” dan “Look at Me Only”.

Sementara aktres Min, 31, mula melakar nama menerusi penampilan sulungnya sebagai model pada 2006 dan pernah membintangi beberapa filem antaranya “Sunny” pada 2011 dan “The Grand Heist” pada 2012. – BERNAMA

Kategori