Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

1,020 Mangsa Banjir Di...

SHAH ALAM - Seramai 1,020 mangsa banjir masih ditempatkan di sembilan pusat pemindahan...

Ekonomi ASEAN Tumbuh 5.6...

KUALA LUMPUR - ASEAN dijangka mencatat keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahunan pada...

Kes Bunuh Diri Seluruh...

PARIS – Kejadian bunuh diri di seluruh dunia turun mendadak lebih satu pertiga...

Kepala Kanak-Kanak 2 Tahun...

BEIJING - Seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun di China nyaris maut apabila...

Ancaman Daesh Mampu Gugat Pelancongan Jika Tak Dikekang

MELINDUNGI keselamatan negara daripada ancaman kumpulan militan Daesh adalah penting bagi memastikan industri pelancongan yang menjana sehingga 2.6 juta peluang pekerjaan di negara ini tidak terjejas.

Hal ini disuarakan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani pada sidang media sempena sambutan ulang tahun ke-30 Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) di Dewan Perdana Felda, pada Sabtu.

Ancaman Daesh Mampu Gugat Pelancongan Jika Tak Dikekang
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani

“Keselamatan dan kesejahteraan negara yang tidak tergugat di tengah-tengah ancaman pengganas adalah penting untuk memastikan pelancong terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi di samping meningkatkan hasil dalam sektor pelancongan,” katanya.

Datuk Johari bagaimanapun menambah, beliau percaya keadaan masih terkawal namun pada masa sama negara masih perlu berjaga-jaga agar tidak menjadi seperti Turki, Mesir, Syria dan Iraq yang dicengkam ketidakstabilan politik sekaligus merugikan semua pihak.

Beliau turut menafikan terdapat kes pelancong membatalkan lawatan disebabkan ancaman Daesh namun tidak menolak industri pelancongan negara pernah terkesan disebabkan tragedi MH370 dan MH17 sebelum ini.


Ancaman Daesh Mampu Gugat Pelancongan Jika Tak Dikekang
Presiden MTC, Datuk Sri Mohd Shahkar Shamsudin

Dalam pada itu Presiden MTC, Datuk Sri Mohd Shahkar Shamsudin pada majlis sama, memberitahu bahawa ancaman Daesh telah membuatkan pihak berkuasa dan mereka yang terlibat dalam industri pelancongan terpaksa menukar strategi.

Begitu pun, beliau memberi jaminan bahawa strategi yang berkesan akan turut membuka peluang baharu bagi sektor pelancongan di peringkat global mahu pun tempatan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori