Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Insiden Kobocoran UPSR Memalukan...

GENTING HIGHLANDS - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan isu kebocoran soalan...

NSTP Diperintah Bayar RM300,000...

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan New Straits Times...

Malaysia Tuan Rumah Perhimpunan...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menjadi tuan rumah Perhimpunan Agung Persidangan Antarabangsa Parti-parti...

Kerajaan Komited Pastikan Rakyat...

KUANTAN - Kerajaan komited untuk terus memastikan rakyat mendapatkan pendidikan terbaik di negara...

Anak Zahid, Suami Didenda RM800 Ingkar PKP

PUTRAJAYA – Anak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Hidayah dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff masing-masing didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).

Majistret Shahwira Abdul Halim menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan serentak oleh jurubahasa mahkamah.

Nurul Hidayah dan suaminya didakwa kerana melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Pada 20 April lalu, Nurul Hidayah, 41, memuat naik gambar di Instagram miliknya ketika dia dan suaminya bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad di pejabat masing-masing.

Perkara itu mendapat kecaman netizen yang mendakwa beliau dan suaminya melanggar PKP kerana keluar berdua dan seolah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai anak tokoh politik untuk berbuat demikian.

Kategori