Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelajar 17 Tahun Ditahan...

KOTA BHARU - Polis menahan dua lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun...

Pisang Raksasa Di Indonesia,...

UNIK dan luar biasa, itulah yang dapat digambarkan mengenai sejenis pohon pisang yang...

California Terbakar: Ribuan Penduduk...

GLOBAL | Kebakaran hutan di utara California, Amerika Syarikat pada Jumaat memusnahkan lebih...

SPRM Cari Paul Stadlen...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Britain...

Anak TYT Sarawak Kekal Bayar Bekas Isteri Mutaah RM30j

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Syariah di sini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang memerintahkan ahli perniagaan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib membayar mutaah sebanyak RM30 juta kepada bekas isterinya, Shahnaz Abdul Majid.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Syarie Datuk Yusof Musa bersama Hakim Syarie Saarani Ismail dan Hakim Syarie Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar memutuskan demikian selepas menolak rayuan masing-masing difailkan oleh Mahmud Abu Bekir, 55, dan Shahnaz, 55.

Mahkamah memerintahkan anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak itu membuat pembayaran secara tiga kali ansuran bermula sebelum atau pada 31 Oktober ini dengan jumlah RM10 juta bagi setiap transaksi.

SHAHNAZ Abdul Majid meninggalkan Mahkamah Rayuan Syariah selepas berjaya menuntut mutaah berjumlah RM30 juta dari bekas suaminya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib. – Foto NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam

Pada prosiding itu, Mahmud Abu Bekir diwakili peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar manakala Shahnaz diwakili peguam syarie, Datuk Akberdin Kadir dan Dr Mohd Rafie Shafie.

Pada 10 Mac 2016 , Mahkamah Tinggi Syariah di sini memerintahkan Mahmud Abu Bekir membayar mutaah RM30 juta kepada Shahnaz.


Angka itu difahamkan adalah jumlah tertinggi yang pernah diberikan oleh Mahkamah Syariah di negara ini dalam mana-mana tuntutan mutaah.

Pasangan yang bernikah pada 9 Januari 1992 sebelum bercerai pada 11 Mei 2011 dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya Abdul Taib Mahmud. – BH ONLINE

Kategori