Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Isteri Radhi OAG...

JUTAAN tahniah diucapkan kepada penyanyi Radhi OAG dan isteri, Nur Shahira Ayu atas...

Video: Jom Saksikan Proses...

Meskipun golongan Muslim merupakan minoriti di New York, tidaklah begitu sukar mencari makanan...

MyDAMS Selaras Urus Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Pengurusan keselamatan empangan seluruh negara bakal diselaraskan melalui Garis Panduan...

Seramai 2.1j Sukarelawan Sertai...

JELEBU - Sejumlah 2.1 juta anggota sukarelawan menyertai Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komuniti...

‘Anak Saya Pemain Terbaik Dunia’ – Ayah Chong Wei

AYAH kepada Datuk Lee Chong Wei, Lee Ah Chai berkata anaknya itu sudah memberikan segala-galanya untuk beraksi dalam perlawanan malam tadi, cuma nasib tidak menyebelahi anaknya itu.

Walau bagaimanapun, menurut Ah Chai, anaknya itu merupakan pemain terbaik dunia kerana berjaya menjejakkan kakinya ke perlawanan terakhir badminton di Sukan Olimpik sebanyak tiga kali berturut-turut.

“Anak saya tetap pemain terbaik dunia kerana berjaya ke peringkat akhir Olimpik sebanyak tiga kali berturut-turut.

“Saya rasa Chong Wei kurang bernasib baik kerana sebenarnya dia merupakan pemain badminton terbaik di dunia.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada Malaysia kerana dia tidak dapat membawa pulang pingat emas,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Berita Minggu.

Tambah Ah Chai, Chong Wei perlu menerima kekalahan itu secara terbuka dan keluarga mereka tetap melihat Chong Wei sebagai pemain hebat yang berjaya membawa nama Malaysia ke peringkat dunia.


Ah Chai juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan kepada anaknya dan mengambil berat tentang anaknya itu.

Cong Wei tumpas di tangan Chen Long dengan 18-21 di set pertama dan kedua semalam dan telah mengakhiri karier Olimpiknya dengan tiga pingat perak berturut-turut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori