Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Presiden Filipina Ugut Kasi...

MANILA - Kebanyakan tokoh politik terkenal Filipina sejak sekian lama berusaha menghindarkan diri daripada...

Penyanyi Sambilan Ditahan Polis,...

Ampang Jaya : Muntah, badan menggeletar dan susah bernafas ketika bertemu guru kaunseling...

Tengku Abdullah Umum Tanding...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad...

Koon Yew Biadab Hina...

KUALA LUMPUR – Sudah sampai masanya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa saja...

Anak Pendakwah Ahmed Deedat Ditembak Di Kepala

JOHANNESBURG – Seorang aktivis warga Afrika Selatan yang juga anak kepada pendakwah antarabangsa terkenal, Sheikh Ahmed Deedat kini bertarung nyawa selepas ditembak di luar sebuah mahkamah, pada Isnin.

Jurucakap polis, Kolonel Thembeka Mbela berkata, mangsa, Yousuf Deedat, 65, ditembak di kepala ketika berjalan bersama isterinya menuju ke Mahkamah Keluarga Verulam di pinggir Durban.

Mbele berkata, seorang suspek yang tidak dikenali telah menembak dan mencederakan Deedat di kepala.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dengan segera bagi mendapatkan bantuan perubatan manakala suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal ke arah yang tidak diketahui.

“Dia berada dalam keadaan kritikal di hospital tempatan, manakala kecederaan yang dialaminya kekal, kami berharap Yousuf Deedat segera pulih,” kata keluarga mangsa dalam satu kenyataan.

Polis bagaimanapun berkata, siasatan akan dijalankan punca beliau ditembak.


Yousuf Deedat terkenal sebagai aktivis masyarakat dan sarjana Islam di Durban.

Bapa mangsa, Sheikh Ahmed Deedat meninggal dunia pada 2005 merupakan bekas pendakwah Islam yang sering menganjurkan debat umum.

Di samping itu, beliau juga merupakan pengasas Pusat Penyebaran Islam Antarabangsa yang bertujuan supaya Islam didengari dan difahami di seluruh dunia.

Sheikh Ahmed Deedat dianugerahkan Hadiah Antarabangsa Raja Faisal pada 1986 atas kerja kerasnya berdakwah selama 50 tahun. – Agensi

Kategori