Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

`Saya Tak Buat Dah…’...

KUALA LUMPUR - “Itu gambar dua tahun lalu. Rakan`repost’. Sekarang saya tak buat...

PM Lancar Buku Pelan...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan buku Pelan Pelaksanaan...

Buffon Penjaga Gol Terbaik...

JIKA Juventus mahu mendapatkan motivasi untuk memenangi Liga Juara-Juara musim ini mungkin Gianluigi...

Suryani Menang Perak, Trio...

KUALA LUMPUR - Atlet Olimpik negara, Nur Suryani Taibi berjaya memenangi pingat perak...

Anak Muda Tunggu PRU-15 Hukum PH

KANGAR – Dewan Pemuda PAS yakin golongan muda kini hanya menunggu masa dan menanti Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi menghukum kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, dalam konteks pilihan raya lalu tidak dinafikan sememangnya anak muda mengundi PH kerana terpengaruh dengan janji manisfesto selain isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun katanya, golongan muda pada masa ini melihat mereka telah ditipu selepas PH gagal menunaikan pelbagai janji seperti menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan memansuhkan tol.

“Sebelum ini, mereka (anak muda) percaya pada manifesto dan kes 1MDB yang turut dikaitkan dengan Pas. Asasnya sekarang adakah anak muda melihat perkara itu berlaku?

“Mereka kini sedang menunggu masa PRU-15 untuk menghukum PH,” katanya ketika ditemui selepas majlis Sambutan Hari Guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di salah sebuah hotel di sini, malam tadi.


Majlis tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Yang turut hadir, Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd. Shukri Ramli; Ketua Pengarah Pasti, Mohd. Azam Abdul Samad; Ketua Majlis Guru Pasti, Saadiah Abu Bakar dan Pengarah Pasti negeri, Asrul Aimran Abd. Jalil.

Sementara itu, Khairil Nizam berkata, pihaknya akan menarik golongan muda melalui pendekatan perpaduan nasional dan bukan perkauman seperti digembar-gemburkan oleh PH. – UTUSAN ONLINE

Kategori