Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

TH Perkenal ‘Wukuf Safari’...

MAKKAH - Buat pertama kalinya Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan program khas 'Wukuf...

Najib Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan...

Tular Wanita Tanggal Baju...

GAMBAR seorang wanita sedang berbogel di platform stesen tren MRT di Singapura muncul...

Harga Gula Sekilo Lagi...

BALING - Penoreh di sini mendakwa mereka tidak mampu untuk membeli sekilo gula...

Anak Muda Lawan Balik Arahan KKM Guna Video Parodi

SUSULAN tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melancarkan serbuan di beberapa premis menjual cecair perisa vape yang mempunyai nikotin di sekitar Lembah Klang, netizen hari ini mengeluarkan beberapa video parodi bagi menunjukkan rasa tidak puas hati kepada keputusan berkenaan.


Vape parodi sarkasik oleh mynewshub

Rata-rata mereka tidak boleh menerima kewajaran kementerian bertindak sedemikian kerana masih belum terbukti rokok elektronik dan vape memberi kesan kepada kesihatan.

Mengikut istilah KKM, peranti elektronik yang mengandungi nikotin dikenali rokok elektronik (e-Rokok) manakala jika tiada nikotin biasanya dipanggil vape.


Melalui video juga, mereka mempersoalkan tindakan menterinya, Datuk Seri S. Subramaniam yang seolah-olah mempunyai agenda tersendiri apabila mahu merampas cecair vape yang mempunyai kandungan nikotin.

Seperti mana yang diketahui, Kabinet telah memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape.

Namun jika dilihat pada sudut ‘lainnya’, Subramaniam seakan-akan seperti menerima tekanan daripada syarikat rokok dan tembakau yang mahu kerajaan terus mengharamkan langsung penggunaan vape di negara ini.

Terdahulu, Subramaniam dilaporkan berkata kerajaan akan menimbang untuk mengharamkan penggunaan vape dalam masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan penggunanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori