Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kebakaran Di Camden Market...

LONDON - Kebakaran di pusat tumpuan pelancongan di London, Camden Market awal pagi...

PDRM Nafi Adakan Iklan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan akan mengadakan temuduga terbuka untuk mengisi...

Segerakan Umum Perkembangan Kes...

SHAH ALAM - Pemuda UMNO mendesak kerajaan segera mengumumkan perkembangan siasatan dan tindakan...

Waris Penumpang China Tidak...

Kira-kira satu dozen ahli keluarga para penumpang MH370 warganegara China berkumpul di hadapan...

Anak Kambing Alami Kecacatan, Miliki Enam Kaki

SATU rakaman video memaparkan seekor anak kambing yang lahir dengan kecacatan memiliki enam kaki mula tersebar luas di negara China sehingga mencetuskan sensasi.

Video anak kambing berkenaan berjaya dirakamkan pada 5 Oktober lalu di Jinan, wilayah Shandong.

Menerusi video yang tersebar itu, jelas kelihatan kecacatan kaki yang dialami oleh anak kambing berwarna putih itu pada bahagian depan kaki kirinya manakala yang lain adalah normal.

Kecacatan yang dialami itu menyebabkannya kelihatan sukar untuk berdiri dan berjalan seperti anak-anak kambing yang lain.

Anak Kambing Alami Kecacatan, Miliki Enam Kaki

Anak Kambing Alami Kecacatan, Miliki Enam Kaki


Malah menerusi rakaman itu, anak kambing berkenaan dilihat lebih gemar baring di atas rumput di dalam kandang tersebut.

Menurut sebuah laman antarabangsa, si ibunya melahirkan empat ekor anak kambing, namun tiga yang lain mati saat dilahirkan dan yang tinggal hanya si kaki enam sahaja.

Tambah laman itu, gejala kambing cacat adalah jarang berlaku dan sekiranya terjadi kecacatan seumpama itu, ianya disebabkan oleh virus ataupun bahan kimia. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori