Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Penjenayah Ditembak Mati...

KUALA LUMPUR - Dua penjenayah dipercayai terbabit dalam kegiatan samun di tapak pembinaan...

Pergi Kelab Malam Bersuka...

ANTARA banyak cara lelaki mencari hiburan ialah dengan mengunjungi kelab malam. Namun apa...

Kes Sporadik Punca Jangkitan...

PUTRAJAYA - Orang ramai perlu menggunakan alat perlindungan peribadi seperti pelitup muka berikutan...

Johor Terima 1.9 Juta...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim memaklumkan Johor akan menerima...

Anak Che Ta Tayang Awek, Netizen Pula Yang Panas!

ANAK muda zaman sekarang ni ramai yang masih bersekolah pun sudah ada kekasih hati, tak kira lah umur berapa sekali pun, jarang nak jumpa yang masih ‘single’ kata orang.

Anak kedua hot mummy, Che Ta, iaitu Aniq Ezzra pun nampaknya dah ada kekasih hati.

Gadis dekat luar sana dah boleh buang angan-angan kononya nak jadi menantu Che Ta okay!

Tapi dengarnya hubungan mereka bukanlah baru berputik tetapi sudah lama terjalin namun mereka lebih memilih untuk menjadi pasangan low profile dengan tidak terlampau menyerlah kepada umum.

Walaupun begitu, Aniq sering memuat naik gambarnya bersama dengan gadis manis berkenaaan ketika mereka menghadiri majlis korporat mahupun apa sahaja keraiaan dengan caption yang bersemut!

Dalam masa mereka bergembira, ada juga parasit yang kurang selesa dengan hubungan mereka itu sampaikan setiap gambar yang dimuatnaik oleh Aniq, pasti akan dicemuh oleh netizen persis makcik bawang!

Mereka bukan sahaja mempersoalkan kekayaan yang dimiliki oleh anak muda itu adalah hasil usaha ibubapanya, malah netizen turut mengatakan kemewahan itu hanyalah ‘bonus’ baginya untuk berkenalan dengan gadis-gadis.


Kenapalah masih ada lagi manusia yang berfikiran cetek macam tu? Biarlah sekalipun kekayaannya itu milik ibu bapa dia, lagi pun tak ganggu sesiapa pun kan.

Biarlah dia nak merasa juga macam mana perasaan orang dewasa bercinta, takkan abangnya, Ammar Effendy saja yang boleh bercinta.

Benda kecil macam ni tak perlu diperbesakan pun. Netizen pun tak perlu menyibuk dengan membuat fitnah kononnya kekasih hati Aniq hanya memandang harta benda sahaja.

Kita tak tahu sejauh mana hubungan mereka, tah-tah Che Ta dah restu hubungan percintaan mereka.

Untung-untung Che Ta dan Zain dapat bakal menantu muka macam gadis Korea, putih melepak pula tu!

Apa pun, mudah-mudahan hubungan mereka berkekalan sampai ke jinjang pelamin, jangan lama-lama sangat bercinta tu, takut nanti kena sambar pula. – MYNEWHSUB.CC/AH

Kategori