Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nora Danish Tutup Kafe...

BARU-BARU ini muncul khabar angin mendakwa pelakon Nora Danish bakal menutup kafe Kopi...

Ada Rumah, Kafe Di...

SUDAH membeli rumah dan mempunyai perniagaan restoran di Sabah, penyanyi dan hos terkenal...

Harga Minyak Jatuh, Saudi...

RIYADH - Arab Saudi mengharamkan pembelian kereta dan barangan perabot, selain memotong bajet...

Polis Gagalkan Perjudian Haram...

KOTA KINABALU - Polis Sabah menggagalkan aktiviti perjudian haram yang baru memulakan operasi...

ANAK Cadangkan Kepada CEP Tubuh Suruhanjaya Diraja

KUALA LUMPUR – Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mencadangkan kepada Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) bagi penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat isu berkaitan Felda, kata Pengerusinya Mazlan Aliman.

Beliau berkata antara isu yang dibangkitkan persatuan itu dalam pertemuan dengan CEP hari ini adalah keadaan kewangan yang kritikal, ketirisan wang, harta dan aset Felda.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada CEP berhubung isu-isu yang didakwa melanda syarikat kelapa sawit ketiga terbesar di dunia itu mengikut keluasan tanaman tersebut.

Mazlan berkata beliau juga telah memohon agar hutang peneroka yang didakwanya melebihi RM100,000 seorang, diberikan pemotongan pembayaran sebanyak 50 peratus.

Katanya, cadangan itu akan dipertimbangkan majlis tersebut.

Mazlan berkata cadangan lain adalah agar pembayaran bantuan Hari Raya sekurang-kurangnya RM1,000 berbanding RM900 ketika ini, diberikan kepada semua peneroka termasuk yang menguruskan ladang mereka sendiri.


Dalam cadangan setebal 46 muka surat, beliau turut memberitahu majlis berkenaan supaya operasi anak syarikat Felda, Felda Techno Plant, dikaji atau ditamatkan.

“Kita dapati mereka gagal dalam tanggungjawab kepada peneroka. Ada yang tidak dapat hasil, ada yang dapat hasil berbeza malah ada yang rugi,” katanya.

Mazlan berkata Felda harus distruktur semula dan mendakwa penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) merupakan langkah yang merugikan kerana menyebabkan sumber pendapatan Felda hilang hampir 60 peratus atau RM1 bilion. – BERNAMA

Kategori