Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pangkalan TUDM Subang Jadi...

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah membuka Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang...

5 Juta Keluar Wuhan...

BEIJING - Kira-kira lima juta penduduk dikesan meninggalkan Wuhan sebelum kerajaan mengumumkan tempoh...

Saudi ‘Haram’ Semua Tulisan...

RIYADH - Kementerian Pendidikan Arab Saudi mengarahkan semua buku tulisan ulama ulung, Sheikh...

Muka Banyak ‘Jerawat’, Emma...

TIDAK keterlaluan kami katakan, aktres jelita Emma Maembong antara selebriti wanita mempunyai kulit cantik...

Anak Angkat Kedua Azharina Kritikal

KUALA LUMPUR – Penyanyi Azharina Azhar mengesahkan anak angkat keduanya iaitu Rizqie Azharin Azhar kini berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami demam panas sejak semalam.

Menerusi postingnya di laman Instagram, Azharina menjelaskan keadaan anaknya yang semakin kritikal dengan kedua-dua buah pinggang Rizqie sudah rosak dan mengalami pendarahan otak.

Pada masa sama darah, ia didapati mengandungi asid yang membolehkan dia sukar untuk terus hidup.

Anak Angkat Kedua Azharina Kritikal

“Memang dia kalau hidup akan siksa dan tidak normal. Nina sudah tidak berdaya, Nina mohon bagi Nina masa menguruskan anak sehingga saat akhir dia.

“Sebagai ibu Nina hancur hati sangat sedih kerana Nina lah ibu Nina lah ayah buat anak-Anak. Tapi Nina juga wanita rapuh, tidak sempurna, hanya doa dan air mata Nina ada buat masa ini,” tulisnya.

Baca Ini: Azharina Ambil Anak Angkat Kedua

Jelasnya, anaknya yang baru berusia 22 hari itu kini ditahan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Putrajaya dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Azharina yang baru menjayakan konsert solo di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur semalam menjelaskan kandungan gula dalam dalam anaknya tidak menentu.


Menurutnya, ketika dibawa ke hospital semalam, anaknya itu masih bernafas namun keadaannya semakin teruk selepas itu.

“Sejak dia dimasukkan ke wad semalam, satu persatu masalah kesihatan Rizqie disampaikan kepada saya. Perkara itu membuatkan saya cukup lemah dan tak berdaya lagi nak mendengarnya,” tulisnya.

Anak Angkat Kedua Azharina Kritikal

Azharina berkata, ketika ini dia hanya mampu berdoa dan menghabiskan waktu bersama anaknya.

“Ya Allah aku ibunya kau cabutlah nyawaku gantikan dengan DIA Anak ku rezkie.. kau nazak sayang hanya Allah Tahu HATI Mumy … kau Berjuang untuk hidup tatkala Mumy harus menghibur orang Demi MENCARI rezeki menafkahi kamu berdua Anak Ku. Ampun kan dosa Mumy Anak Ku. Saya mohon doa Buat Anak saya rezkie Azharin Azhar Abdullah yang sedang nazak berjuang dengan bantuan pernafasan skg. Al Fatehah,” tulisnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori