Anak Ahmad Dhani 100 Lelaki Terkacak Dunia

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon remaja Indonesia, Ahmad Al Ghazali telah tercalon dalam senarai 100 Lelaki Paling Kacak Dunia 2019 anjuran TC Candler baru-baru ini.

Pemilihan jejaka berusia 21 tahun itu berdasarkan permintaan peminat dan pengguna laman sosial.

Pencalonan anak ketiga komposer muzik tersohor, Ahmad Dhani dan Maia Estianty itu juga mengalahkan beberapa nama artis popular dunia.

“Penganugerahan ini adalah petanda yang meminta aku lebih bekerja keras.

“Harapnya aku tidak hanyut dengan populariti dan terus menjadi diri sendiri,” kata Al Ghazali kepada media Indonesia.

Antara penyanyi popular yang dicalonkan adalah Justin Bieber dan Zayn Malik yang turut dicalonkan dalam laman rasmi organisasi berkenaan.

Bintang sukan ternama, David Beckham, aktor Robbert Pattinson dan beberapa nama selebriti kelahiran Korea Selatan termasuklah Siwon antara yang terdapat dalam senarai yang sama.

Keputusan undian akan diumumkan pihak TC Candler tidak lagi. – Agensi