Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Andy Flop Poppy Nikah...

MELALUI ruangan Instagram peribadinya Rabu lalu, vokalis kumpulan Flop Poppy iaitu Andy memuat...

Harimau Malaya Perlu Menang...

JOHOR BAHRU - Skuad Harimau Malaya perlu mencipta kemenangan selesa pada pertemuan separuh...

Kes Wabak Coronavirus Semakin...

BEIJING - Wabak coronavirus telah merebak lebih luas di bandar raya China, termasuk...

Pek Baharu Jenama Lampin...

SEORANG wanita meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap kualiti terbaharu satu produk lampin...

Anak 21 Tahun Rogol Ibu Didakwa Di Mahkamah

TAIPING – Lelaki berusia 21 tahun yang tergamak merogol ibu kandungnya dengan menggunakan kekerasan telah pun didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini.

Dipetik BH online, pertuduhan itu dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Safiyatun Ahmadun di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Tertuduh, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan merogol ibunya itu.

Dia yang merupakan pekerja kilang dituduh merogol ibunya yang berusia 49 tahun di rumah mereka kira-kira 7 malam, pada 8 Mac lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang, agama dan hukum adat dan kebiasaan untuk tertuduh berkahwin dengannya.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan jika tertuduh di sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Sebutan semula kes pada  21 April depan dan hakim membenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000. Bagaimanapun, pemuda itu gagal membayar ikat jamin.


Pada prosiding itu, tertuduh turut diwakili peguam, Kathan Maruthamuthu dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Terdahulu, mangsa yang merupakan janda anak lima membuat laporan polis pada Rabu lalu, mendakwa telah dirogol anaknya.

Hasil siasatan awal mendapati, suspek bukan penagih dadah berikutan ujian air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah. – MYNEWSHUB.CC

Kategori