Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

WHO Cabar Pengkritik Siasatan...

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam pengkritik siasatan terhadap asal usul wabak...

DAP Mahu Kerusi Timbalan...

Selepas parti DAP gagal merebut kerusi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor...

Pelakon, Rakan Ditahan Tanam...

KUALA LUMPUR - Seorang pelakon drama berusia 28 tahun bersama dua rakannya ditahan selepas disyaki...

SPR Akan Minta Polis...

GEORGETOWN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meminta bantuan polis untuk memberhentikan ceramah...

Amyra Rosli, Amar Baharin Dedah Jantina Anak

SEDANG meniti hari untuk meyambut kelahiran bayi pertama mereka, pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin mendedah jantina anak sulung mereka.

Amyra yang kini sarat mengandung 33 minggu mengumumkan bakal melahirkan bayi lelaki pada hujung Oktober depan! Tahniah Amyra dan Amar!

Pemilik nama sebenar Nur Amira Izzati Rosli, 26, ini berkata dia tidak sabar untuk ‘bertemu’ dengan anaknya itu nanti.

“Alhamdulillah, saya akan melahirkan bayi lelaki tidak lama lagi. Kalau nak ikutkan dijangka bayi lahir pada penghujung bulan Oktober.

“Hanya ada kira-kira 6 minggu lagi sebelum saya bersalin,” katanya kepada mStar Online.

Pasangan itu mengumumkan jantina bayi mereka ketika majlis baby shower yang bertemakan ladang haiwan di Happi Kiddo, Quill City Mall, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu, Amar berkata dia sangat teruja menantikan saat kelahiran cahaya mata pertama mereka.


Menurut Amar, 32, dia seronok berkongsi pengalaman ketika isterinya hamil di laman sosial.

“Rasanya semua lelaki berasa teruja seperti saya. Saya suka berkongsi pengalaman Amyra ketika dia hamil di Instagram supaya peminat dapat mengikuti perkembangan kami.

“Tambahan pula Amyra ini tidaklah susah nak dijaga. Dia tak meragam dan mengidam bukan-bukan,” ujarnya.

Pasangan ini bernikah pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC

Kategori