Amy Search Sampaikan Ucapan Takziah

VOKALIS kumpulan Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, menyampaikan ucapan takziah di atas kembalinya pemain drama kumpulan itu, Yazit Search kira-kira jam 11.55 pagi tadi.

“Saya dengan rendah hati menyampaikan salam takziah di atas kepulangan Yazit ke Rahmatullah hari ini.

“Semoga segala amalannya sepanjang di dunia diperhitungkan dan roh beliau dicucuri rahmat,” ujarnya dalam kenyataan rasmi yang diberikan kepada pihak media sebentar tadi.

Amy juga memohon maaf kerana tidak dapat menziarahi dan menghadiri majlis pengebumian Allahyarham Yazit kerana berada di Jakarta, Indonesia.

Vokalis tersebut terikat dengan pekerjaannya sebagai komentator di program Golden Memories Asia untuk siaran Indosiar di Jakarta, Indonesia.

“Saya meminta maaf kerana masih perlu melunaskan tanggungjawab sebagai komentator bagi Golden Memories Asia yang masih akan bersiaran langsung pada malam ini.

“Sekali lagi salam takziah buat seluruh keluarga Yazit. Semoga tabah menghadapi pemergiannya,” katanya. – Sinar Harian

Loading...