Ammar Kesal ‘Dituduh’ Sebar Foto Bogel Idris, Atikah

PELAKON Ammar Alfian melahirkan perasaan kecewanya apabila dituduh sebagai dalang yang menyebarkan gambar bogel yang didakwa Idris Khan dan Atikah Suhaime.

Menurutnya, dia terkejut apabila menerima dua mesej menerusi aplikasi perbualan WhatsApp dari Idris, yang menuduhnya menyebarkan gambar bogel tersebut sehingga menjejaskan kerjaya seni Idris serta nama baik keluarganya.

Dipetik Harian Metro, Ammar menjelaskan, “Saya terkejut dan terkilan dengan mesej yang dihantar. Tuduhan itu dianggap melampau kerana saya tidak tahu-menahu mengenai perkara itu. Sepatutnya sebagai kawan dia datang berjumpa dengan saya daripada membuat tuduhan melulu.”

“Apa saya boleh jawab kepadanya adalah banyakkan bersabar. Ini kerana saya juga bersabar dengan tindakannya itu. Kemudian, saya terus berdiam diri kerana berasakan perkara itu tidak ada kaitan langsung dengan saya.

“Kawan jenis apa yang sanggup menuduh saya atas kesalahan yang dilakukan sendiri. Kenapa perlu nak mereka cerita sedih dan berlagak baik sehingga mengalih topik dengan mahu mencari dalang kepada masalah ini,” katanya.

Malah, Ammar turut berpesan kepada dua pelakon tersebut, mereka tidak perlu berasa gelabah dan takut sekiranya memang bukan mereka dalam gambar yang kini hangat diperkatakan ramai itu.

Ammar juga mencabar Idris supaya tampil dengan bukti sekiranya dalang yang dimaksudkan itu adalah dirinya.

“Dalam perkara ini dia perlu tampil dengan bukti. Saya cabar dia datang berjumpa dengan saya. Jangan hanya pandai bercakap dan menuduh orang lain saja. Kata orang berani kerana benar, takut kerana salah.

“Saya percaya Idris dan Atikah ada menyimpan gambar itu dalam telefon pintar masing-masing. Mungkin ada pihak lain yang cuba mengenakan mereka atau adakah ini strategi untuk mendapatkan publisiti? Itu saya tidak tahu. Apa yang saya tahu saya bukan penyebar gambar bogel itu,” katanya lagi.

Atikah Suhaime Nafi Gambar Bogel Adalah Dirinya

Foto Bogel: Atikah Suhaime Nafi, Idris Khan Kunci Mulut

Atikah sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan menafikan dirinya adalah wanita yang terlibat dalam gambar tersebut manakalah Idris mengambil pendekatan enggan memberikan sebarang komen berhubung isu panas terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Loading...