Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Israel Dijilat Api, Netanyahu...

TEL AVIV - Rejim Israel terpaksa 'tebal muka' meminta bantuan negara jiran untuk...

Hampir 80 Peratus Populasi...

KUALA LUMPUR - Seramai 18,648,795 individu atau 79.6 peratus daripada populasi dewasa di...

Tilawah Al-Quran, Azan Tawar...

RIYADH - Kerajaan Arab Saudi bakal menganjurkan pertandingan tilawah al-Quran dan laungan azan...

Laluan Tram Tidak Bersepadu...

GEORGE TOWN - Aktivis warisan menyuarakan kebimbangan mereka tentang cadangan laluan tram oleh...

Amira Tidak Berdendam Dengan Azhar Azhael

PENYANYI dan pelakon, Amira Othman sejujurnya mengakui tidak pernah ada sekelumit dendam mahupun sakit hati yang sengaja disimpan terhadap bekas kekasihnya, Azhar Osman.

Biarpun pernah bercinta dan putus di tengah jalan, pelantun lagu Hati-Hati itu tidak mahu ada sengketa antara dia dan Azhar kerana sedar mereka pasti akan bertemu dalam industri yang sama.

Tambah Amira, dia malah mengaku turut tumpang gembiraapabila mengetahui bahawa Azhar kini sudah berjumpa pengganti dan mendoakan kebahagiaan bekas anggota kumpulan duo Azhael itu.

Selain itu, Amira yang mengakui sudah lama tahu akan perkara itu dikatakan menerima baik perkhabaran tersebut yang mana baginya, Azhar mempunyai hak untuk mencari kebahagiaannya sendiri.

“Sudah tentulah saya gembira untuk dia. Lagipun apa yang terjadi antara kami semuanya sudah lama berlalu dan tidak perlu diingat lagi.

“Apa yang penting sekarang, masing-masing sudah lama membawa haluan sendiri dan sama ada dia atau saya, kami berhak memiliki kebahagiaan dengan cara tersendiri.

“Sebelum ini pun, saya ada menjemput Azhar datang ke majlis pelancaran single baru berjudul Mimpi Indah di ibu kota. Saya siap pelawa sekali buah hatinya untuk hadir sama,” katanya dipetik sebuah portal online.


Azhar bersama kekasih baru

Ditanya sama ada pernah menyimpan perasaan cemburu tatkala melihat Azhar bersama kekasih baru, Amira berkata tiada sebab untuk merasa demikian kerana soal jodoh dan pertemuan itu terletak di tangan tuhan.

“Terus-terang saya ni tak fikir pun soal cinta atau jodoh. Bunyi macam klise kalau saya katakan ini. Tetapi ya, saya hanya fikir soal kerjaya sahaja pada waktu ini memandangkan tiada pasangan lagi.

“Tambahan pula, sekarang sedang sibuk mempromosikan lagu terbaru itu. Jadi soal yang lain-lain ni saya ketepikan dulu,” katanya.

BACA : Amira Gembira Bekas Kekasih Temui Pengganti

Sebelum ini, Amira pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Azhar namun putus pada awal 2017 selepas dua tahun usia perkenalan mereka. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori