Ambil Tindakan Pihak Ancam Ganggu Majlis Dong Zong – Kit Siang

PETALING JAYA – Susulan perintah melarang kumpulan pendidikan Cina Dong Zong daripada mengadakan satu kongres berkaitan pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular, pemimpin DAP, Lim Kit Siang hari ini menggesa polis mengambil tindakan ke atas pihak yang mengancam untuk mengganggu acara tersebut.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, polis sepatutnya tidak mengharamkan majlis tersebut walaupun ia berdepan tekanan berikutan “ancaman kumpulan ekstremis yang tidak bertanggungjawab dan bertujuan mencetuskan kekacauan”.

“Kini pihak polis bertanggungjawab membuktikan bahawa ia bersikap adil dengan mengambil tindakan ke atas pihak yang tidak mempunyai apa-apa sebab untuk mengganggu satu pertemuan tertutup anjuran Dong Zong,” katanya dalam satu kenyataan.

Guan Eng berkata, Wawasan 2020 tidak akan tercapai pada tahun depan, yang akan bermula 4 hari lagi, sekiranya rakyat tidak dapat menyelesaikan krisis berhubung tulisan Jawi itu dengan “cara Malaysia yang aman dan sepakat”. – FMT

Loading...