Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Harga Gula Turun 10...

PUTRAJAYA - Harga kawalan gula turun sebanyak 10 sen sekilogram (kg) berkuat kuasa...

Awal, Scha Menang Kes...

“KAMI buat perkara ini bukan nak untung, tetapi menuntut hak yang sudah kami...

Bukan Mourinho, Tapi Sebab...

BINTANG legenda Manchester United, Gary Neville menegaskan masalah kelab itu berpunca daripada pengurusan...

Tentera Russia Didakwa Rogol,...

KIEV – Siasatan pakar undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati tentera Russia memperkosa...

Amaran Cuaca Buruk Di Kelantan, Terengganu

KOTA BHARU : Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga di Kelantan dan Terengganu, esok.

Amaran itu membabitkan sembilan daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Amaran sama turut diramal melanda empat daerah di Terengganu meliputi Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

“Amaran Cuaca Waspada (peringkat kuning) pula membabitkan Gua Musang di Kelantan dan empat kawasan di Terengganu iaitu Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Amaran sama yang dijangka berterusan sehingga esok itu turut melanda daerah Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing di Johor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hari ini, Pasir Putih di Kelantan dan Setiu Terengganu dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak semalam.


MetMalaysia juga meramal hujan berterusan dengan Amaran Cuaca Waspada (peringkat kuning) berlaku di lapan daerah di Sarawak.

Katanya, ia membabitkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di lapan daerah itu bermula 5 hingga 7 Disember ini,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori