Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Kesejahteraan Masyarakat Luar Bandar,...

BAU - Henry Harry Jinep, seorang ahli perniagaan dan‎ calon BN kerusi Tasik...

Liga Super: Pengadil Berat...

GEORGE TOWN - Biarpun gembira mendapat satu mata ketika berdepan Selangor dalam aksi...

Statut Rom: Anifah Ulas...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman tidak menandatangani Statut...

Letupan: 6 Mangsa Dihantar...

KUCHING - Enam mangsa yang parah dalam kejadian letupan lombong arang batu di...

Amani Rasa Diri Belum Layak Pegang Jawatan FINAS

BESAR sekali tanggungjawab yang akan dipukul oleh pelakon dan aktivis seni Sharifah Amani sekiranya dia menduduki kerusi penting dalam Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Baca: Sapu 5 Filem, Amani Terus Berkarya Untuk Industri

Bagaimanapun bagi Amani, spekulasi yang telah mengaitkan namanya itu hanyalah gurauan semata.

Malah, ia hanya usikan rakan baik di laman sosial Twitter sahaja tetapi ia telah tersebar sehingga menyebabkan munculnya spekulasi sehingga ramai yang mempercayai berita itu serta disebabkan itu, dia terpaksa ‘berehat’ seketika daripada media sosial.

“Saya tidak berpelajaran tinggi, sedangkan industri filem memerlukan pemimpin yang berpengalaman, tahu bekerja dan mempunyai latar belakang pendidikan yang baik.

“Memang saya berani bersuara dan ia membantu dalam menyebarkan mesej serta menarik perhatian ramai. Tetapi, untuk mengimbangi tampuk kepimpinan, saya tidak layak. Apabila orang mula bercakap hal ini, saya jadi takut,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Tambah Amani yang dikenali dengan sifat merendah diri itu, dengan kelulusan Sijil Pelajaran Maaysia (SPM) yang dimilikinya itu tidak mungkin membolehkan dia menjadi seseorang yang penting dalam organisasi berkenaan.

Namun, anak kepada pelakon Fatimah Abu Bakar itu sememangnya tidak mahu memiliki apa-apa jawatan sekali pun.

Dia sekadar sering mengikuti mesyuarat persatuan atau FINAS sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk mempelajari tentang selok-belok industri seni tanpa terfikir memiliki apa-apa jawatan penting.


“Beliau antara penggiat teater yang banyak menghasilkan karya bagus. Setiap kali beliau membuat persembahan atau menganjurkan bengkel teater, kami sebagai junior akan terbabit sama. Fahmi mempunyai bahan teater yang sangat bagus.

“Pengisian yang diketengahkan juga sangat berbeza. Sebagai budak teater, dulu kami akan beramai-ramai ke Five Arts Centre untuk berkarya.

“Saya harap suara orang seni tulen didengar dengan adanya beliau di situ. Seperti yang beliau tegaskan ia bukan soal buat wang, sebaliknya meletakkan seni pada tempat penting,” ujarnya lagi.

Amani ditemui oleh pihak BH Online ketika menghadiri sesi ramah mesra Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil bersama penggiat seni di sini, baru-baru ini.

Dalam perkembangan baharu, Amani kini bakal muncul dengan lima buah filem setelah berehat beberapa ketika daripada industri hiburan tanah air.

‘Kemunculan’ semulanya pada tahun ini membuatkan dia akan terus berusaha untuk berkarya dalam industri seni. – MYNEWSHUB.CC

Kategori