Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Nepal, Bayi...

ANGKA kematian mangsa gempa bumi di Nepal kini telah mencecah lebih lima ribu...

Bumi Pahang ‘Menangis’

KUANTAN - Bumi Pahang seakan 'menangis' menyambut kepulangan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad...

Kelab Free Read Sandakan...

SANDAKAN - Sekumpulan anak muda mengambil insiatif menubuhkan kelab ‘Free Read’ bagi memupuk...

Jenazah Muhammad Hifdzul, Izatul...

PASIR MAS - Jenazah dua anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba...

Alumni Mampu Bantu Universiti – Aznil Nawawi

KEBIASAANNYA orang yang pernah melanjutkan ke universiti pastinya bangga apabila berjaya memegang title alumni bagi universiti tersebut.

Tetapi, berapa ramai alumni yang masih berhubung dengan pihak universiti dan berbakti kepadanya ibarat sirih pulang ke gagang?

Sebenarnya, alumni universiti boleh membantu universiti mencapai kecemerlangan atau target yang disasarkan. Misalnya seperti melantik public figure untuk menjadi duta sesebuah universiti.

Julai lalu, pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Nawawi telah dilantik menjadi duta alumni bagi Universiti Malaya (UM).

Bukan itu sahaja, malah khabarnya pihaknya akan bekerjasama dengan bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) universiti tertua negara itu dalam projek ‘1alumni 1 ringgit’ bertujuan untuk membantu pelajar UM yang kurang mampu melalui dana yang mereka kumpulkan.

“Di universiti kita melalui proses dan cabaran yang sama, jadi dengan bantuan alumni ia dapat diringankan. Saya percaya di luar sana ramai alumni UM yang berjaya boleh membantu universiti ini.

“Ini terutama yang membabitkan golongan pelajar kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian. Pelantikan duta alumni juga akan menjadi inspirasi kepada anak yang masih mengikuti pengajian untuk menggapai impian masing-masing.

“Ia seperti apa yang dicapai idola mereka seperti saya sendiri yang ingin masuk UM kerana mahu mengikuti jejak (Allahyarham) Datuk Sudirman Arshad sebelum bergiat dalam bidang seni,” katanya dipetik laporan BH Online.

Bukan hanya pengacara ini sahaja yang diangkat menjadi duta IPTA itu, malah pakar motivasi popular, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah dan pengamal media serta sukarelawan, Charles Mohan turut diangkat menjadi duta UM.


Timbalan Naib Canselor HEPA UM, Prof. Datuk Dr. Rohana Yusof menyatakan pelantikan duta dalam kalangan public figure ini mampu menaikkan lagi imej UM dan dapat mengumpulkan kembali alumni-alumni ini untuk sama-sama menabur bakti.

“Kita mempunyai 300,000 alumni dan kini yang berdaftar dengan HEPA dalam 30,000. Jadi kami mahu tingkatkan jumlah itu supaya lebih ramai alumni dapat dikumpulkan dalam pangkalan data yang disediakan.

“Lebih ramai duta akan diperkenalkan pada masa akan datang yang diyakini mampu memberi sumbangan mengikut bidang kepakaran masing-masing,” katanya.

Rasanya dengan perlantikan duta dalam kalangan public figure mampu menarik minat anak muda untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi sekaligus dapat mengurangkan kadar jenayah dalam kalangan remaja.

Mungkin juga universiti lain boleh mencontohi jejak langkah UM. Mana tahu lepas ini Yuna pula yang jadi duta Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas Hanis Zalikha dilantik menjadi duta Alumni UiTM Johor pada tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori