Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Penceramah Bebas Tarik Balik...

ALOR SETAR : Penceramah bebas, Muhd. Zainul Asri Mohd. Romli menarik balik kenyataannya...

Beberapa Kawasan Di George...

GEORGE TOWN - Beberapa kawasan di sekitar George Town dilanda banjir kilat hari...

Kumpulan Terakhir Petugas Prasarana...

KUALA LUMPUR - Seramai 53 bakal jemaah daripada kumpulan terakhir petugas Prasarana Malaysia Berhad...

Hodak Harap Keputusan Positif...

SEPANG – Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah-19 (B-19) negara, Bojan Hodak berharap...

Altimet Terbit Lagu Tema Ejen Ali The Movie

KOMPOSER, Altimet, bakal membuat kemunculan khas dalam filem animasi Ejen Ali The Movie yang dijangka berada di pawagam akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation, Usamah Zaid, berkata bekas penyanyi rap yang baru mengumumkan pengundurannya dari dunia seni suara itu bakal menghasilkan lagu tema untuk filem berkenaan.

“Setakat ini, Altimet bersetuju untuk terbabit dalam penerbitan lagu latar, namun sama ada watak animasi untuknya diwujudkan dalam filem itu, kita tunggu nanti kejutannya.

“Siapa tahu peminat berpeluang mengikuti karakter penyanyi lagu Bunga itu atau mendengar suaranya bagi mana-mana watak?

“Pembabitan selebriti lain pula belum diperincikan lagi memandangkan kita masih dalam proses produksi,” katanya pada sesi bersama media di Sunway Velocity Mall Cheras.

Hadir sama pada majlis yang turut mempertontonkan teaser pertama filem itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Ahmad Izham Omar.

Primeworks dan Wau Animation melancarkan acara Misi: MATA Academy di pusat beli-belah berkenaan berinspirasikan agensi perisikan rahsia daripada siri animasi Ejen Ali itu.

Pengunjung boleh membawa anak masing-masing menyelami dunia risikan secara percuma menerusi beberapa permainan yang dibuka sepanjang cuti sekolah hingga 2 April depan.


Sementara itu, Ahmad Izham berkata, pihaknya mensasarkan pulangan berjumlah RM20 juta daripada tayangan Ejen Ali The Movie bersandarkan populariti animasi berkenaan.

“Dalam keadaan sekarang, kita boleh nampak sambutan terhadap filem tempatan, termasuk animasi BoboiBoy The Movie yang mencecah RM16 juta.

“Sokongan kaki wayang dan pempamer diharap mampu melonjakkan pulangan terhadap filem yang dijangka dapat memasuki 120 pawagam ini.

“Anggaran RM20 juta itu adalah untuk pasaran tempatan sahaja. Kita harap populariti animasi yang dipasarkan di 50 negara ini juga mampu menempatkan Ejen Ali The Movie dalam kalendar pawagam luar,” katanya.

Menggunakan bajet kira-kira RM6 juta termasuk kos promosi, filem terbabit bakal disempurnakan sepenuhnya menjelang September depan. – FMT

Kategori