Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pendaratan Penyu Meningkat Lebih...

DUNGUN - Jabatan Perikanan Terengganu merekodkan 8,381 pendaratan penyu agar di empat lokasi...

Istana Negara Sahkan Raja-Raja...

KUALA LUMPUR - Pihak Istana Negara mengesahkan satu rundingan Raja-Raja Melayu akan diadakan...

India Patut Malu Dengan...

KUALA LUMPUR - India sepatutnya malu dengan Malaysia dan negara Islam lain yang...

Tanpa Enakmen LPHJ Tidak...

JOHOR BAHARU - Ketiadaan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) tidak akan...

Altantuya: Perbicaraan Kes Saman RM100 Juta 24 Jun

SHAH ALAM – Perbicaraan kes saman sivil RM100 juta difailkan keluarga model Mongolia yang mati dibunuh pada 2006, Altantuya Shaariibuu ditangguhkan ke 24 Jun depan.

Penangguhan itu dibuat di dalam kamar Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera bersama peguam yang mewakili keluarga Altantuya, Sangeet Kaur Deo.

Sangeet ketika ditemui pemberita berkata penangguhan itu bagi mendapatkan beberapa barang bukti yang dikemukakan dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya sebelum ini.

“Kami memohon untuk menangguhkan kes ini kerana kami mahu membuat permohonan untuk mendapatkan semula barang bukti (berkaitan kes pembunuhan Altantuya).

“Kemungkinan barang bukti berkaitan kes (bunuh) ini ada disimpan di mahkamah kerana selepas perbicaraan kes itu tamat pada penghujung 2009, hakim terdahulu telah meminta mahkamah untuk menyimpannya ( bahan bukti),” katanya di sini, hari ini.

Pada 4 Jun 2007, bapa Altantuya, Dr. Shaariibuu Setev dan isteri Altantsetseg Sanjaa serta dua cucu lelakinya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga memfailkan saman RM100 juta dengan menamakan dua bekas anggota polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda serta kerajaan Malaysia sebagai defendan.


Bagaimanapun, nama Altanshagai Munkhtulga digugurkan daripada senarai plaintif berikutan kematiannya dua tahun lepas.

Sebelum ini, perbicaraan kes saman itu telah ditangguhkan pada hari ini susulan Sangeet memaklumkan pihaknya akan memfailkan afidavit tambahan kepada mahkamah.

Afidavit tambahan itu adalah untuk mendedahkan laporan media berkaitan kenyataan Ketua Polis Negara sebelum ini bahawa kertas siasatan membabitkan kes pembunuhan Altantuya sudah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

Kategori