Almy Nadia Alah Makanan Melayu, Tak Boleh Jamah Nasi

PASTINYA pasangan pelakon Almy Nadia dan suaminya, Fizz Fairuz dah tak sabar menghitung hari untuk menimang cahaya mata sulung mereka.

Almy dan Fizz berkahwin pada April lalu selepas hampir lapan tahun menyulam cinta.

Pelakon wanita kelahiran Pulau Pinang itu kini sedang hamil 15 minggu dan seperti mana kebanyakan wanita mengandung, Almy turut tidak terkecuali berdepan dengan masalah alahan.

Menurutnya, dia tidak boleh langsung menjamah nasi serta masakan kampung sebaliknya kini lebih gemar menjamu selera dengan makanan barat.

“Saya sudah tidak ada lagi masalah alahan cuma pemakanan saya berubah apabila saya suka makan benda-benda seperti sushi, salad, subway dan lebih kepada makanan barat,” katanya memetik Rotikaya.

Almy turut mengatakan berat badannya kini sudah bertambah daripada 55 kilogram (kg) ke 63 kg sekarang.

Selain itu, Almy turut menyatakan dia akan berpantang mengikut cara tradisional sepenuhnya selepas ini di bawah jagaan ibu dan mak mertuanya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: AUDREY LEE