Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelanggan Tegur Penjawat Awam...

KAMI pasti ramai yang pernah berhadapan dengan pengalaman terpaksa menunggu untuk berurusan dengan...

SPR Telus Urus Persempadanan...

PUTRAJAYA – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang menolak semakan kehakiman...

“Nazri, Dengar Sini Baik-Baik”...

KUALA LUMPUR - "Dengar sini baik-baik. Najib tidak akan berdiam diri!"Itu penegasan bekas...

Zionis Hanya Reka Cerita...

GAZA CITY: Hamas berkata Israel cuba menjaja kemajuan ilusi di Gaza sebagai sebahagian...

Aliran Tunai Meruncing, Ekonomi Negara Merudum

REMBAU – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan kecewa melihat keadaan ekonomi negara yang semakin menguncup semenjak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan.

Timbalan Pengerusi BN itu berkata, ini berdasarkan bukti Bursa Malaysia yang semakin merudum daripada diniagakan di paras 1,868 mata pada Mei 2018 turun hingga ke 1,620 mata penghujung 2018.

“Hari ini ekonomi negara berada dalam keadaan yang meruncing. Baru tiga hari lepas satu badan penarafan antarabangsa Moody’s International telah menilai semula ramalan pertumbuhan ekonomi negara kita.

“Dari awal tahun Malaysia mempunyai potensi membangunkan pertumbuhan ekonomi keseluruhan tahun 2019 sebanyak 4.7 peratus, tetapi selepas tiga bulan diubah ramalan Malaysia tidak akan mampu sebanyak itu, hanya 4.3 peratus.

“Ini hanya baru bulan empat, tidak tahu apa yang akan mereka ramalkan keputusan bagi tahun 2019. Saya yakin ekonomi kita tidak akan tumbuh begitu banyak. Ini satu yang merisaukan. Kita (negara) punya kekayaan semakin lama semakin menguncup,” resah Mohamad, yang juga Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden.

Mohamad yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan berkata demikian di hadapan ribuan orang yang hadir di ceramah perdana di Taman Angsamas di sini, malam tadi.

Turut hadir, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden MIC, Datuk M Saravanan; Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker; ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO dan kepimpinan rakan-rakan parti BN seperti KIMMA, IPF dan Makkal Sakti.

Kesan kejatuhan saham Bursa Malaysia jelas Mohamad telah menyebabkan banyak syarikat-syarikat termasuklah yang berkaitan dengan kerajaan mengalami kerugian besar seperti Tabung Haji, Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad serta syarikat pengurus dana swasta Public Mutual turut menerima nasib yang sama.

Negara juga katanya sedang menghadapi krisis ekonomi kerana kerajaan memberhentikan pembangunan projek-projek yang berskala besar serta bantuan kepada rakyat.


“Kerajaan PH telah memberhentikan projek yang besar-besar bernilai beratus billion. Maka banyak orang yang kena berhenti kerja, syarikat bankrap dan duit putaran ekonomi tiada.

“Dalam masa yang sama, orang tak datang melabur ke negara kita dan pelabur yang sedia ada telah membawa keluar pelaburan mereka ke luar negara. Kita jadi ‘double jeopardy’, dua-dua kita kena.

“Kita menghadapi masalah aliran tunai amat-amat serius. Kalau aliran tunai dalam syarikat, ‘balance sheet’ ada tapi aliran tunai tiada, syarikat akan bankrap,” tegas bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat kereta jenama antarabangsa itu lagi.

Oleh kerana itulah Mohamad merasa kasihan melihat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mempunyai menteri-menteri kabinetnya yang tidak berkebolehan dalam mentadbir dan menguruskan negara ditambah pula sering mengeluarkan idea-idea yang tidak realistik.

Sehubungan itu juga, Mohamad yang mesra dengan panggilan Tok Mat menyeru pengundi di Rantau menunjukkan ketidakpuasan hati kepada kerajaan PH dengan mengundi BN sebagai satu referendum.

“Oleh sebab itu mari kita di Rantau sama-sama buatkan PRK Rantau ini satu referendum ketidakpuasan hati kita terhadap kerajaan PH. Mari kita bersama-sama dengan sahabat kita pengundi di Cameron Highlands, Semenyih kita bagi referendum pernyataan rasa kesal kita kepada kerajaan PH.

“13 haribulan, Sabtu ini tunjukkan kemarahan kita kepada kerajaan PH. Buat supaya mereka tidak lena dan buka mata kerana kalau tidak ditunjukkan kemarahan kita mereka ingat kita tidak rasa apa-apa,” tambahnya lagi. – Media UMNO

Kategori