Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aceh Tetap Bantu Pelarian...

Aceh - Pihak berkuasa Aceh Utara bersedia menampung kehadiran pelarian Rohinghya selama mungkin...

Pelajar Malaysia Belanja Hampir...

PETALING JAYA - Pelajar Malaysia di Australia yang menerima wang A$4.6 juta (RM13.8 juta)...

Pegawai Atasan Jangan Lindungi...

Pegawai Atasan Jangan Lindungi salaS Laku Anggota - Ayob Khan

Setiap Pelajar IPTA Wajib...

CYBERJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan setiap...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Lancar Setakat Tengah Hari Ini

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di seluruh negara dilaporkan bergerak lancar setakat 12 tengah hari ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Hotline berkata aliran trafik hanya perlahan ke arah utara selepas Terowong Menora ke Kuala Kangsar.

“Insiden kemalangan di KM 256 menghalang lorong kiri jalan menyebabkan kesesakan 5 kilometer, pengguna dinasihatkan berhati-hati memandu.

“Namun, pergerakan trafik menghala ke selatan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru masih lancar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut jurucakap itu, aliran trafik dijangka meningkat sebelah petang berikutan cuti sambutan hari Krismas bermula esok.


Sementara itu, menurut laman twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih lancar setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Kategori