Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Xiaomi Redmi 2, Telefon...

Xiaomi secara rasmi telah melancarkan Xiaoi Redmi 2, telefon pintar bajet yang dilengkapi...

2,985 Positif Covid-19, 4...

KUALA LUMPUR - Penularan Covid-19 dalam negara mencatatkan 2,985 kes hari ini dengan...

Gentian, Empulur Kenaf Mendapat...

KOTA BHARU - Tanaman kenaf mempunyai potensi untuk diusahakan berikutan produknya seperti gentian...

Najib Minta Menteri UMNO...

DARI FB NAJIBKEPUTUSAN muktamad dalam PAU ialah untuk tidak bertanding bersama PPBM, Anwar...

Aligator Gergasi Lebih 300kg Disangka Gambar Palsu

CORDELE – Sejumlah pengguna media sosial di negeri Georgia, Amerika Syarikat (AS) terkejut apabila mendapati sekeping gambar memaparkan seorang pakar hidupan liar bergambar bersama seekor aligator seberat lebih 300 kilogram (kg) rupa-rupanya tulen, lapor akhbar Mirror.

Ahli biologi itu, Brent Howze berkata, penduduk di Georgia pada mulanya cenderung percaya gambar berkenaan telah disunting sebaik sahaja dikongsi di internet memandangkan saiz reptilia itu terlalu besar berbanding aligator biasa.

Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, Cordele Dispatch, aligator itu ditemui terperangkap di dalam sebuah parit di Tasik Blackshear dekat sini pada minggu lalu. Howze dan pasukannya kemudian bergegas ke sana untuk menyelamatkannya.

“Rupa-rupanya ramai orang menyangka gambar ini palsu tetapi saya boleh sahkan ia tulen. Saya individu dalam gambar itu. Reptilia itu lebih besar daripada jangkaan dan kami terpaksa menggunakan jentera berat untuk mengalihkannya,” katanya.

Malangnya, Howze dan pasukannya terpaksa membunuh aligator tersebut selepas mendapati reptilia gergasi itu sedang menderita disebabkan kecederaan akibat tembakan pada bahagian perutnya. – Agensi

Kategori