Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

My Partner Doesn;t Put...

It's good to earn a modest plan before starting writing your TOEFL answer....

Polis Sarawak Cari 4...

SIBU - Polis Sarawak sedang mengesan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan...

Ditahan Kerana Potong Rumput...

GEMPAR... Seorang lelaki dari Franklin, Amerika Syarikat (AS) ditahan dan didakwa atas kesalahan...

Pilih Petron! Kenapa Bukan...

BONGKAR... Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pelantikan Petron Fuel International Sdn. Bhd....

Aliff Syukri ‘Meraung’ Anak Bongsu Hilang Di Lombok

DATUK Seri Aliff Syukri berdepan detik cemas apabila anak bongsunya, Ibraheem Adham hilang sewaktu mereka sekeluarga dan kakitangan D’Herbs sedang bercuti di Lombok, Indonesia.

Beliau ditemani isterinya, Datin Seri Norshahida Mohd. Rashid serta dua lagi anak mereka iaitu Ahmad Rayyan dan Qadejah El Zahra terkejut apabila kanak-kanak berusia empat tahun itu hilang sejurus selesai aktiviti sukaneka.

“Alang-alang itu, dianjurkan juga beberapa aktiviti sampingan agar percutian ini tidak membosankan dan lebih bermakna. 


“Pun begitu, sukaneka hanya melibatkan orang dewasa sahaja manakala anak-anak dibiarkan bermain di pantai sambil diawasi pengasuh.

“Tak sangka pula, Baim (panggilan bagi Ibraheem) tiba-tiba boleh hilang daripada pandangan pengasuhnya yang ralit menyaksikan keriuhan sukaneka,” katanya dipetik sebuah portal online, hari ini.

Gusar dengan keadaannya itu, Aliff dan Norshahida mula menjerit selain kelam-kabut memohon pertolongan daripada para pengunjung yang berada di pulau peranginan itu untuk mencari anak mereka.


Kira-kira hampir 10 minit tenaga dikerah dalam usaha pencarian, akhirnya pengasas produk D’Herbs itu menghela nafas lega apabila mendengar tangisan Ibrahim sambil dilihat berpimpin tangan dengan seorang warga tempatan.

Menurut sumber, difahamkan penduduk itu yang kebetulan merupakan pekerja resort berkenaan menemui Ibrahim keseorangan di hadapan sebuah kedai aiskrim dan tidak jauh dari kawasan berlangsungnya sukaneka.

Sementara itu, Norshahida yang kini hamil enam bulan memanjatkan rasa syukur kerana tiada sebarang perkara buruk berlaku kepada si bongsu itu selain berharap agar lebih waspada pada masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori