Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Peralihan Angin Monsun Punca...

KUALA LUMPUR - Hujan dan ribut petir yang berlaku di beberapa kawasan ketika...

Melaka Kuat Kuasa Undang-Undang...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka akan menguatkuasakan Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah...

Telur Jenama ‘Klasik’ Sah...

PUTRAJAYA - Hasil ujian Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) ke atas sampel telur jenama...

CEO Rapid Penang Hadapi...

KUANTAN - Ketua Pegawai Operasi Rapid Penang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari...

Aliff Syukri Dianggap Propa Minta Maaf Di IG

MENYEDARI kenyataannya dalam program realiti Oh Abang Kosmetik (OAK) telah memalukan peniaga kopiah, jutawan terkenal, Datuk Aliff Syukri telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagramnya, malam tadi.

Baca: Aibkan Peniaga Kopiah, Aliff Syukri Menangis Mohon Maaf

Meskipun kelihatan ikhlas memohon maaf sambil mengeluarkan air mata namun, nampaknya masih ada netizen yang tidak berpuas hati dengan cara yang dilakukan pemilik syarikat D’herbs ini.

Ini kerana, menurut mereka, Aliff Syukri, 30, sepatutnya pergi berdepan terus dengan peniaga kopiah berkenaan, Shamsani untuk meminta maaf secara peribadi, bukan melalui media sosialnya.

Dakwa mereka, apa yang dilakukan Aliff Syukri bukan sahaja telah menjatuhkan maruah orang, tetapi ‘membusukkan’ nama Shamsani satu Malaysia kerana rancangan OAK itu disiarkan di televisyen.

Tidak kurang juga, ada yang menyifatkan tindakan Aliff Syukri meminta maaf di IG hanya sebagai satu propa untuk menjaga nama baiknya sendiri.

“Kau pergi jumpa brader tu salam dan mintak maaf. Kejadah entah buat video-video ni. Gile popular betul spesis ni,” tulis Md D Hshm.

“Perlu ke dia buat vedio minta maaf… pergi jumpa brader tuh lah.. sikit tak banyak. nama dia dah busuk kot,” tulis Ika Mia.

“Buat aib kat orang siap masuk Astro.. buat permohonan maaf guna video cikai macam ini je.. okey..tapi better pergi minta maaf depan-depan dengan brader tu..buat aib depan-depan dia..minta maaf pun depan dia la,” ujar Mirul Fizi.

“Propa,” tulis Ahmad Fikri Latiff ringkas.


Apa pun tanggapan netizen, hanya Aliff Syukri yang mengetahui sama ada dia ikhlas atau tidak terhadap permohonan maafnya itu.

Isu ini menjadi tular selepas Shamsani memuat naik status menerusi laman Facebook bahawa dirinya telah diaibkan oleh Aliff Syukri dalam rancangan OAK.

Dalam episod ketiga OAK, Aliff telah berpura-pura menjadi seorang pengemis yang mendekati seorang penjual kopiah.

Menurut Aliff, penjual kopiah berkenaan iaitu Shamsani memberi layanan buruk dan menghalaunya ketika meminta sehelai kopiah.

Pun begitu, Shamsani menafikan hal tersebut dan mendakwa jutawan kosmetik itu tidak menceritakan perkara sebenarnya yang berlaku.

Jelasnya, dia tidak menghalau Aliff Shukri setelah menderma RM1, sebaliknya turut menghadiahkan sehelai kopiah percuma bagi menggantikan tiga yang mahu diambil jutawan itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori